Page 118 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 118
Kemahiran STEM
Kemahiran STEM merupakan kecekapan dan kompetensi untuk meneroka, menyelesaikan
masalah, mereka bentuk dan menghasilkan produk. Kemahiran tersebut boleh dibentuk melalui
aktiviti, projek dan tugasan yang dirancang oleh guru. Kemahiran STEM terdiri daripada
kemahiran proses dan kemahiran teknikal. Kemahiran proses ialah kecekapan dan kompetensi
yang diaplikasikan semasa aktiviti meneroka manakala kemahiran teknikal melibatkan kemahiran
manipulatif, kemahiran teknologi maklumat dan pengedalian bahan, alatan serta mesin dengan
selamat dan berhemah (KPM, 2016).
Nilai dan Etika STEM
Nilai dan etika STEM didefinisikan sebagai akhlak dan moral yang positif serta garis
panduan yang perlu diikuti oleh murid yang melaksanakan PdP STEM. Penerapan nilai dan etika
STEM ini adalah penting dalam menghasilkan murid yang berpengetahuan, kompetan dan
mempunyai peribadi yang tinggi. Nilai dalam STEM merujuk kepada sistematik, tekal, rasional,
tabah dan komited serta inovatif manakala etika pula didefinisikan sebagai peraturan dan langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi oleh murid ketika melaksanakan sebarang aktiviti dalam PdP
STEM (KPM, 2016).
CIRI-CIRI PdP STEM
Terdapat tujuh ciri PdP STEM yang perlu dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi memastikan
PdP STEM dapat dilaksanakan dengan jayanya. (KPM, 2016). Guru prasekolah seharusnya
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dalam melaksanakan aktiviti yang
telah dirancang dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Ciri-ciri tersebut
adalah seperti berikut:
i. Guru perlu melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka.
ii. Guru perlu melibatkan murid dalam kerja berpasukan yang produktif.
iii. Guru perlu membimbing murid mengaplikasi pemahaman kandungan STEM.
iv. Guru perlu memberi peluang murid menambah baik jawapan atau produk dalam setiap
aktiviti.
v. Guru menggalakkan murid mengaplikasi kemahiran mereka bentuk.
vi. Guru perlu menggalakkan murid memberi jawapan dengan justifikasi.
vii. PdP STEM seharusnya dapat meningkatkan kepekaan murid kepada isu dan masalah
sebenar dunia.
PERANCANGAN DAN PERANAN YANG PERLU DILAKSANAKAN OLEH GURU
Guru berperanan penting dalam membuat perancangan yang rapi bagi menarik minat
murid menghayati STEM bermula di peringkat awal pendidikan. Tidak dapat disanggah lagi
bahawa pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti akan terhasil apabila guru mempunyai
pengetahuan dan kefahaman yang luas tentang pelbagai kaedah dalam melaksanakan pengajaran.
Kenyataan tersebut disokong lagi oleh Kamarul Azmi (2011) dalam Norhaya (2015), yang
menyatakan terdapat dua prinsip utama yang perlu ada dalam menentukan strategi atau kaedah
pengajaran dan pembelajaran iaitu ia perlu dirancang dengan baik dan bersifat fleksibel. Perkara
tersebut sebenarnya melambangkan profesional seorang guru. PdP STEM dilihat sebagai satu asas
108

