Page 125 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 125

masyarakat serta alam sekitar. Oleh itu, murid akan lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti yang
               dirancang kerana ia melihat kepada dunia sebenar murid.

                                             Pelibatan dan komitmen ibubapa

                      Dalam  melaksanakan  sesuatu  tugasan  yang  diberikan  oleh  guru,  murid  diberi  peluang
               untuk berbincang dengan ibu bapa. Ibu bapa akan terlibat secara tidak langsung terhadap tugasan
               yang bakal  diselesaikan.  Ibu bapa akan diamklumkan tentang tugasan  yang diberikan kepada
               murid dan mereka diminta untuk sama-sama membantu murid menyelesaikan aktiviti di rumah.
               Dapatan  uji  rintis  Pelaksanaan  BSTEM  di  prasekolah  membuktikan  bahawa  ibu  bapa  telah
               menunjukkan pelibatan dan kerjasama dalam menghasilkan produk yang telah dibincang bersama
               murid (KPM, 2017). Dapatan kajian oleh Wan Afizi (2014) yang menyatakan ibu bapa antara
               individu yang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi presatasi pendidikan anak-
               anak terutamanya di peringkat awal pendidikan ataupun di sekolah rendah. Ini kerana, menurut
               Morrison (1991) dalam Mazlini Adnan et al., 2017) ibu bapa adalah guru terawal kanak-kanak
               dan mungkin juga ibu bapa merupakan guru yang terbaik bagi membantu perkembangan murid
               anak-anak mereka.

                                        Kesedaran murid terhadap dunia sebenar

                      PdP STEM mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah
               dalam konteks kehidupan harian, alam sekitar serta masyarakat tempatan dan global. Melalui
               pengaplikasian tersebut, murid didedahkan dengan isu dan situasi semasa yang berlaku. Perkara
               ini  secara  tidak  langsung  memberi  kesedaran  kepada  murid  tentang  perkara  yang  berlaku  di
               sekeliling  mereka.  Disamping  itu  pemahaman  murid  terhadap  situasi/isu  terbina  dengan
               sendirinya. Aktiviti PdP yang dirancang akan memberi peluang kepada murid mengaplikasi dan
               mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM dengan betul dan mendalam dalam
               konteks kehidupan, masyarakat dan persekitaran (KPM, 2016).

                      Meningkatkan perkembangan murid dalam Sains Awal dan Matematik Awal

                      Sains  Awal  dan  Matematik  awal  di  prasekolah  yang  sebelum  ini  (KPM,  2015)
               dilaksanakan  tidak  seperti  yang  dihasratkan  dalam  KSPK.  Guru  dilihat  tidak  melaksanakan
               aktiviti  penerokaan  dalam  mencapai  objektif  pembelajaran  murid.  Menurut  Laporan  Kajian
               Pelaksanaan Awal Sains, KSPK, (2015), guru lebih menekankan kepada kemahiran menguasai
               3M kerana khuatir murid yang dihasilkan tidak mempunyai kemahiran 3M apabila memasuki
               tahun satu kelak.  Kajian yang telah dijalankan dengan kanak-kanak PERMATA menunjukkan
               kemahiran sains dan matematik (kebolehan inkuiri dan meneroka) meningkat 78%, kebolehan
               merekacipta (kemahiran kejuruteraan dan teknologi) meningkat 85%, dan minat terhadap STEM
               meningkat  84%  (Aminah  et  al.,  2015).  Dapatan  ini  membuktikan  bahawa  kanak-kanak  kecil
               mampu  belajar  STEM  dan  minat  mereka  terhadap  STEM  dapat  disuburkan  sejak  awal  lagi.
               Dapatan  tersebut  adalah  selari  dengan  beberapa  penyelidikan  di  Amerika  yang  menunjukkan
               bahawa pembelajaran STEM dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran sains dan
               matematik,  dan  dalam  jangka  masa  panjang  mereka  memilih  jurusan  pengajian  dan  jenis
               pekerjaan berasaskan STEM. Kenyataan tersebut disokong oleh Razali (2013) bahawa STEM
               merupakan  model  dan  sistem  yang  dipraktikan  di  negara  barat  dan  dikesan  dapat  membantu
               pelajar-pelajar  meminati  bidang  sains  dan  matematik  seterusnya  menjadi  asas  kepada  pelajar

                                                             115
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130