Page 123 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 123

sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui
               interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.
                      Dalam  aspek  pengajaran  dan  pembelajaran  di  prasekolah,  seseorang  guru  yang
               mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pengajaran dan pembelajaran
               akan menjadi sangat aktif. Guru perlu menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan
               memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru (Vygotsky, 1978). Guru juga akan
               menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif
               pengajaran yang efektif.
                      Guru sebagai individu penting dalam pelaksanaan PdP STEM terlibat secara langsung
               melalui  proses  menimbulkan  situasi  yang  menggalakkan  murid  mengajukan  soalan,  dan
               menyediakan persekitaran yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Proses inkuiri
               sains yang wajud dalam PdP STEM, akan dapat memberi peluang dan pengalaman kepada kanak-
               kanak sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian mereka sebelum memasuki sekolah formal
               (National Association For The Education Of Young Children, 2013). Kemahiran dan kebolehan
               saintifik  yang  diperoleh  ini  merupakan  titik  permulaan  yang  berguna  untuk  membangunkan
               kemahiran berfikir secara saintifik seseorang kanak-kanak itu (NRC 2012 dalam Syariza, 2015).
                      Pelaksanaan STEM di prasekolah adalah selari dengan matlamat profil murid abad ke-21
               yang mensasarkan pemerolehan nilai dalam kehidupan murid. Di antara nilai yang dapat dipupuk
               melalui pelaksanaan STEM adalah menjadikan murid yang penyayang, prihatin, boleh bekerja
               secara berpasukan dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi. (KPM, 2017)

                             IMPLIKASI PELAKSANAAN PDP STEM DI PRASEKOLAH

                      Pelaksanaan PdP STEM di prasekolah memberi beberapa kesan terhadap perkembangan
               afektif, kognitif dan psikomotor murid prasekolah. Kejayaan PdP STEM ini juga telah dibuktikan
               oleh Taska PERMATA NEGARA yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 3-4 tahun. Pasukan
               penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mencipta Project-based Inquiry
               Learning CERDAS STEM atau turut dikenali sebagai PIL CERDAS STEM untuk membantu
               murid-murid belajar STEM. Pedagogi ini amat mudah untuk dilaksanakan. Ia terdiri daripada 4
               fasa: Inkuiri, Penerokaan, Rekacipta dan Refleksi yang merupakan satu kaedah yang holistik dan
               saling melengkapi (Mazlini, 2016). Begitu juga dengan laporan Pelaksanaan Uji Rintis Modul
               BSTEM  yang  dijalankan  oleh  Bahagian  Pembangunan  Kurikulum  (2017)  menyatakan  secara
               keseluruhannya  bahawa  guru  prasekolah  boleh  melaksanakan  PdP  STEM  dengan  baik  dan
               berkesan serta murid dapat melakukanya aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Murid juga
               dilihat lebih aktif dan penglibatan ibu bapa semakin tinggi dalam aktiviti yang dilaksanakan.  Ini
               bermakna pelaksanaan PdP STEM di prasekolah seharusnya tidak menghadapi masalah malah
               memberi kebaikan terhadap perkembangan murid. Berikut adalah beberapa implikasi pelaksanaan
               PdP  STEM  di  prasekolah  berdasarkan  dapatan  kajian  terdahulu  dan  dapatan  program  rintis
               BSTEM (2017) di kelas prasekolah:

                                             PDP lebih menarik minat murid

                      Secara  keseluruhannya  PdP  STEM  yang  dilaksanakan  oleh  guru  akan  lebih  menarik
               kerana melibatkan murid dalam inkuiri dan penerokaan terbuka di sepanjang PdP. Murid diberi
               peluang  melakukan  aktiviti  hands  on  dan  minds  on  bagi  memperoleh  pengetahuan  melalui
               pengalaman pembelajaran yang dilalui. Perancangan guru yang lebih bersistem dan bercirikan
               PdP STEM akan menarik minat murid untuk mengetahui tentang sesuatu fenomena atau situasi

                                                             113
   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128