Page 124 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 124

dengan  lebih  mendalam.  Penyampaian  pengetahuan  tidak  hanya  dengan  kaedah  pemindahan
               konsep  secara  terus  dari  guru  kepada  murid,  tetapi  memberi  peluang  kepada  murid  mencari
               jawapan secara terbimbing dengan sendiri. Pengajaran yang berkesan selalunya dimulakan dengan
               persoalan dan fenomena yang menyeronokkan dan biasa kepada murid, bukan yang abstrak atau
               fenomena  di  luar  lingkungan  persepsi,  pemahaman  atau  pengetahuan  mereka.  Murid  perlu
               membiasakan diri mereka dengan situasi di sekeliling mereka termasuk alat-alatan, organisma,
               bahan-bahan,  bentuk  dan  nombor  melalui  aktiviti  pemerhatian,  dan  menyoal  mengenainya,
               kemudian cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan berkaitan (Marzita, 2012).

                Meningkatkan perkembangan kognitif murid melalui pemikiran proses sains, matematik
                                                    dan komputasional

                      Melalui  pelaksanaan  PdP  STEM  di  prasekolah,  murid  akan  sentiasa  berfikir  untuk
               menyelesaikan  masalah  dalam  setiap  aktiviti  yang  dilaksanakan.  Sebagai  contoh,  murid  akan
               menggunakan matematik untuk mewakili pemboleh ubah fizikal dan hubungan seperti membuat
               ramalan secara kuantitatif termasuk juga logik. Murid digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan
               kritis bagi menyelesaikan isu yang dihadapi dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran
               dan nilai STEM. Murid juga akan menggunakan kemahiran komputasional seperti strategi untuk
               mencari maklumat dan menyusun data. PdP STEM akan melibatkan proses saintifik untuk murid
               yang memberi tumpuan kepada penyiasatan akan menggalakkan dan mendorong mereka untuk
               bertanya, memerhatikan, mengukur, menyusun dan mengklasifikasikan, meramalkan, membuat
               kesimpulan yang akan merangsang perkembangan kognitif murid.

                                  Meningkatkan nilai bekerjasama sebagai satu pasukan

                      Kebanyakan  PdP  STEM  melibatkan  aktiviti  secara  kumpulan  dan  menggalakkan
               kerjasama dalam kalangan murid. Penerapan nilai bekerjasama semasa PdP adalah penting bagi
               menghasilkan murid yang bukan sahaja berpengetahuan dan kompetan tetapi mengamalkan nilai
               tersebut dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dalam aktiviti STEM menghasilkan jadual
               pemakanan  seimbang,  murid  akan  bekerjasama  dan  berbincang  dalam  setiap  fasa  seperti
               mendapatkan maklumat, merancang dan menjalan penyiasatan, menganalisi dan menginterpretasi
               data,  mengatasi  masalah  bagi  menambahbaik  produk  dan  sentiasa  berkomunikasi  bagi
               menghasilkan  satu  jadual  yang  boleh  menyelesaikan  masalah  pemakanan  murid  prasekolah.
               Sebagai contoh, aktiviti membina rumah kucing yang dilaksanakan oleh murid prasekolah dalam
               program  rintis BSTEM Pembelajaran  Bersepadu Prasekolah (2017) mendapati murid  sentiasa
               bekerjasama untuk menyiapkan tugasan secara berpasukan.

                                                 Penglibatan aktif murid

                      Aktiviti PdP STEM tersebut juga melibatkan murid untuk bekerja secara berpasukan yang
               produktif. Murid digalakkan untuk mengaplikasikan pemahaman kandungan STEM dalam aktiviti
               yang  dilaksanakan.  Setiap  murid  diberi  peranan  dan  tanggungjawab  masing-masing  bagi
               menghasilkan sesuatu hasil atau produk yang memenuhi fungsi ditetapkan. Murid akan semakin
               aktif sekiranya diberi kepercayaan dalam menyelesaikan tugasan secara kumpulan. Aktiviti yang
               dirancang  dalam  PdP  STEM  kebiasaannya  melibatkan  proses  merancang  dan  mereka  bentuk
               sesuatu produk dan hasil secara kumpulan atau individu berdasarkan konteks kehidupan setempat,



                                                             114
   119   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129