Page 161 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 161

eksternal  di  bahagian  lutut  dan  tangan.  ii.  Ubat  yang  disapu  pada  kulit  atau  kawasan
               eksternal sesuai kepada kanak-kanak kecil.

                                                  Final [fi.nal] (final)

                       KMID  mentakrifkan  kata  final  sebagai  akhir.  Manakala  dalam  KDE  (2005;  21)
               bermaksud bahagian akhir sesebuah lagu, muzik, lakonan dan sebagainya. Kata ‘khatam’ juga
               merupakan seerti dengan final. Setara ini masih digunakan dalam masyarakat hari ini. Contoh
               dalam ayat: Acara final sukaneka akan dijalankan di padang Kg. Buntut Pulau, Temerloh.
               Hasil USK telah menunjukkan terdapat 19 responden yang menggemari sebutan asing dan
               hanya 3 responden menyebutnya secara baku.

                                           Kolumnis [ko.lum.nis] (columnist)

                       Responden yang menggemari sebutan asing bagi kata kolumnis ialah 20 orang. Hanya
               2  responden  yang  menyebutnya  dengan  sebutan  baku.  KDE4  (2005;  448)  mentakrifkan
               kolumnis sebagai penulis ruangan tetap dalam surat khabar atau majalah dan pojok. Kata ini
               mempunyai makna yang lebih khusus iaitu merujuk kepada seseorang yang bekerja sebagai
               penulis untuk sesebuah penerbitan. Berbanding dengan kata ‘penulis’ itu sendiri yang sangat
               luas maknanya kerana boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Misalnya, penulis di bidang
               kewartawanan,  pendidikan,  pengiklanan,  dan  sebagainya.  Contoh  ayat:  Kecenderungan
               kolumnis menggunakan kata asing dalam penulisan dalam akhbar begitu ketara.

                                                   Kafe [ka.fe] (café)

                       Zaman moden hari ini menu makanan dan minuman turut mengalami perubahan ke
               arah yang lebih moden. Rujukan utama untuk menjalani kehidupan yang moden ialah negara
               barat. KDE 4 (2005; 17) mentakrifkan sebagai restoran kecil yang menyajikan makanan dan
               minuman ringan. Di barat,  istilah kafe merujuk  kepada kedai  yang menjual  makanan dan
               minuman. Setara dalam bahasa Melayu yang sedia ada ialah warung kopi. Namun begitu,
               kecenderungan responden seramai 21 orang menyebutnya dalam sebutan asing adalah tinggi
               kerana  hanya  seorang  yang  menyebutnya  secara  baku.  Istilah  warung  kopi  memberikan
               gambaran sebuah kedai menjual makanan yang terletak di pedalaman atau di kampung yang
               serba kekurangan. Tetapi penggunaan kata kafe pula memberikan gambaran sebuah kedai
               makan yang bersih, luas, canggih dan menyediakan makanan yang hebat dan menarik seperti
               yang terdapat di negara barat. Contoh ayat: Orang ramai berpusu-pusu ke kafe di sebelah
               masjid untuk mendapatkan makanan percuma setiap hari di bulan Ramadan.

                                                Lateks [la.teks] (lateks)

                       KDE4  mentakrifkan  kata  lateks  sebagai  cecair  yang  keluar  dari  pokok  getah  atau
               dikenali juga susu getah. Hasil USK menunjukkan hanya 3 responden yang suka menyebutnya
               secara baku berbanding 19 responden yang lebih menggemari sebutan asing. Bagi MABBIM
               pula,  istilah  lateks  ini  kebanyakannya  digunakan  dalam  bidang  perhutanan,  pertanian,
               perubatan, dan veterinar. Contoh ayat yang menggunakan perkataan ini: Larutan lateks yang
               merekat kuat di baju Pak Abu semakin bertambah setiap hari.






                                                           151
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166