Page 40 - Jurnal Kurikulum BPK 2018
P. 40
penyelesaian masalah (corak ini dapat diperhatikan semasa huraian sukatan pelajaran ini
dicirikan).
Penjelasan kedua adalah kimia merupakan suatu bidang yang matang, dengan kebanyakan
persoalan berkaitan tenaga dan jirim telah dijawab menjelang pertengahan abad ke 20. Bidang
Kimia Moden abad ke 21 kini lebih bersifat pelbagai disiplin dan berorientasikan aplikasi
(Sjostrom, 2006). Pelajar-pelajar matrikulasi yang mengambil matapelajaran kimia organik akan
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, perubatan,
sains dan teknologi. Biarpun bidang-bidang ini serupa kerana memerlukan pelajar mempunyai
asas kimia organik yang kukuh, cara dan konteks pengetahuan kimia organik diaplikasikan adalah
khusus mengikut bidang. Sebagai contoh tindakbalas kimia yang penting dalam bidang alam
sekitar mungkin tidak penting dalam bidang perubatan begitu juga sebaliknya. Oleh itu,
pendekatan memberikan pelajar asas kimia organik yang luas tetapi tidak begitu mendalam adalah
wajar. Aplikasi kimia organik dalam konteks sebenar yang lebih khusus, mendalam dan bersifat
pelbagai disiplin hanya akan dihadapi pelajar pada peringkat ijazah sarjana muda kelak.
Berdasarkan ciri-ciri huraian sukatan pelajaran yang dibincangkan setakat ini terdapat
kewajaran mengapa hasil-hasil pembelajaran bertumpu pada aras rendah. Namun begitu apakah
peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan dari segi pengajaran dan pembelajaran?
Bagaimanakah kemahiran berfikir aras tinggi dapat ditingkatkan biarpun huraian sukatan
pelajaran meliputi kandungan subjek yang luas pada aras kognitif yang rendah. Jawapan soalan
ini dijelaskan dengan bantuan Rajah 2.
Dimensi Proses Kognitif
Dimensi Pengetahuan mengingati memahami mengaplikasi menganalisa menilai mencipta
Fakta
Konsep
Prosedur
Metakognitif
Rajah 2. Peluang penambahbaikan berdasarkan Jadual Taksonomi
Rajah 2 menunjukkan rangkuman dimensi proses kognitif dan dimensi pengetahuan
huraian sukatan pelajaran kimia organik. Kawasan berwarna kelabu menunjukkan rangkuman
semasa huraian sukatan pelajaran, yakni bertumpu pada proses kognitif mengingati hingga
mengaplikasi pada masa yang sama mengabaikan pengetahuan metakognitif. Oleh yang demikian
penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran yang wajar dilakukan adalah untuk meluaskan
rangkuman dimensi proses kognitif dan dimensi pengetahuan seperti ditunjukkan anak panah ke
bawah dan anak panah ke kanan.
Kefahaman mendalam yang menjadi matlamat pengajaran dan pembelajaran kimia
organik khususnya dan sains amnya tidak boleh dicapai melalui aktiviti pemikiran aras rendah
semata-mata. Contohnya seperti yang lazim berlaku semasa pelajar menghafal maklumat dan
30

