Page 117 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 117
Strategi PdP
Dari segi strategi PdP, seramai 15 orang responden menjalankan aktiviti PdP dengan
menggunakan strategi pengajaran yang berkesan. Kesemua responden ini menggunakan
pendekatan daripada mudah kepada yang lebih sukar. Meraka menjalankan aktiviti PdP yang
teratur untuk mencapai objektif pembelajaran. Mereka mampu melibatkan semua murid dalam
setiap aktiviti PdP yang dirancang. Responen-responden ini menggunakan kaedah pengajaran
secara kumpulan dan pengajaran berpusatkan murid. Maka murid dikekalkan beraktif
sepanjang proses PdP.
Namun, dapatan pemerhatian menunjukkan bahawa seramai 5 orang responden iaitu
G2, G7, G11, G14 dan G17 tidak mahir menggunakan strategi PdP yang sesuai. Teknik yang
digunakan tidak membantu murid mencapai objektif pembelajaran. G2 dan G14 tidak memberi
penekanan kepada pengaplikasian unsur tatabahasa seperti yang dinyatakan dalam standard
pembelajaran. G7, G11, G17 pula kurang memberi fokus kepada kemahiran bahasa yang harus
diberi penekanan. Mereka tidak memberi peluang kepada semua murid untuk mengambil
bahagian dalam aktiviti PdP.
Kebolehan Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah
Pemahaman tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Berdasarkan data analisis dari temu bual didapati kesemua responden berupaya menerangkan
aspek yang ditekankan dalam PBD. Mereka menyatakan bahawa dapat memahami pernyataan
yang dinyatakan dalam standard prestasi dan berupaya menentukan tahap penguasaan murid
dengan yang yakin.
.....saya faham dan dapat menentukan tahap penguasaan murid dengan menggunakan
standard prestasi yang dinyatakan dalam DKSP... ya... ia jelas dan mudah
difahami...senang untuk saya dan bantu saya sewaktu menilai murid....(G5)
.....ya standard prestasi yang dinyatakan dalam DSKP mudah dan jelas.. dapat
membantu saya... pernyataan dalam standard prestasi jelas... laras bahasanya
mudah...jelas..(G13)
.....saya boleh dan yakin menentukan tahap penguasaan murid... ya... standard prestasi
dalam DSKP jelas....(G18)
Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Dari segi kebolehan melaksanakan pentaksiran bilik darjah, data analisis pemerhatian
menunjukkan 18 orang responden berupaya melaksanakan PBD kecuali 2 orang responden.
Kebanyakan mereka mentaksir murid dengan menggunakan lembaran kerja, kuiz, soal jawab
secara lisan dan buku latihan. 2 orang responden iaitu G11 dan G12 tidak mentaksir penguasaan
standard pembelajaran yang dipilih. Pengajaran yang tidak berfokus menyebabkan G11 tidak
membuat pentaksiran untuk melihat setakat mana murid mecapai objektif pembelajaran pada
hari tersebut. Manakala G12 tidak mentaksir penguasaan standard pembelajaran secara
individu dan hanya membuat pentaksiran secara rawak.
107

