Page 115 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 115

sekala...ada rujuk standard pembelajaran dan standard kandungan. ... tahun-tahun lepas
                     saya ajar bagi kelas tahun 3... saya sudah tahu tentang kemahiran bahasa ini...ya ada
                     menghadiri LDP di sekolah... (G11)
                     ..... saya ada DSKP Bahasa Tamil dalam fail saya. Tapi saya lihat bahagian standard
                     pembelajaran  yang  perlu  diajar....  dan  standard  prestasi  untuk  lihat  pencapaian
                     murid....bahagian awalan..... ada dinyatakan objektif tahun ini... maaf yang lain saya
                     kurang pasti..maaf saya akan baca  benda itu nanti....saya pernah hadir kursus orientasi
                     yang dianjurkan oleh JPN...(G14)

               Kebolehan Guru Menterjemahkan Standard Pembelajaran Dalam Proses PdP

               Berdasarkan  analisis  terhadap  data  pemerhatian  didapati  responden  yang  mempunyai
               pemahaman yang jelas tentang DSKP Bahasa Tamil dapat menterjemahkan kandungan DSKP
               dalam aktiviti PdP dengan baik. Mereka berupaya menjalankan aktiviti PdP secara berfokus
               kepada  standard  pembelajaran  dan  berkebolehan  untuk  menjalankan  pengajaran  yang
               berkesan.  Mereka  juga  dapat  menjalankan  PdP  berpusatkan  murid  dan  melibatkan  mereka
               secara  aktif  dalam  aktiviti  PdP.  Penggunaan  BBB  yang  sesuai  dan  menarik  juga  dapat
               mendorong  murid  menguasai  objektif  kajian.  Responden  –  responden  ini  juga  telah
               memberikan  latihan  berdasarkan  kebolehan  murid  dan  sesuai  untuk  mencapai  objektif
               pembelajaran.

               Aktiviti PdP yang berfokus

               Didapati  seramai  15  orang  responden  menjalankan  aktiviti  PdP  dengan  berfokus  kepada
               standard pembelajaran yang dipilih pada hari tersebut Manakala 5 orang responden iaitu G2,
               G7, G11, G14 dan G17 melaksanakan aktiviti PdP dengan tidak berfokus kepada standard
               pembelajaran. Mereka tidak memberi penekanan kepada kehendak standard pembelajaran.
                       Daripada  analisis  data  temu  bual  dan  pemerhatian  didapati  5  orang  responden  ini
               mempunyai  pengalaman  mengajar  lebih  kurang  10  tahun  tetapi  pengajaran  mereka  masih
               lemah dan tidak mahir melaksanakan aktiviti PdP dengan berkesan. Responden-responden ini
               juga  kurang  bersemangat  dan  mempunyai  sikap  leka.  Mereka  tidak  mengambil  sebarang
               inisiatif  untuk  mengambil  tahu  tentang  perkara  yang  baharu  dan  menambah  pengetahuan
               tentang bidang tugasnya.
                       Didapati  3  orang  responden  iaitu  G6,  G13  dan  G19  mempunyai  pemahaman  yang
               kurang  jelas  tentang  kandungan  kurikulum  tetapi  mereka  berupaya  menjalankan  pelbagai
               aktiviti  PdP  yang  menarik  dan  menepati  standard  pembelajaran  yang  dipilih.  Responden-
               responden ini juga berkebolehan menjalankan aktiviti yang berpusatkan murid. Daripada data
               temu bual didapati mereka mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama. Mereka juga
               mengaku  bahawa  mereka  telah  berbincang  dengan  rakan  sejawat  mengenai  standard
               pembelajaran yang dipilih pada hari tersebut.

                     .....saya ada berbincang tentang standard pembelajaran ini dengan cikgu yang ajar pada
                     tahun lepas. Saya juga ada tanya ketua panitia tentang standard ini. Mereka memberi
                     tunjuk ajar.. beri cadangan aktiviti...jadi saya gunakan itu dan ajar dalam kelas...(G6)
                     .....saya ada tanya kawan saya tentang standard ini. Dia beri idea untuk menjalankan
                     aktiviti ini...(G13)
                     .....daripada pengalaman saya, saya rasa cara saya mengajar tadi sesuai untuk murid
                     mencapai,  apa  yang  dinyatakan  dalam  standard  pembelajaran...  saya  juga  ada
                     berbincang dengan cikgu lain belum ini...(G19)

                                                           105
   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120