Page 112 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 112

Jadual 1
               Demografi responden SJKT

                                                  Kelayakan          Pengalaman                    Lokasi
                Kod   Jantina       Opsyen                                        Negeri
                                                  akademik           mengajar                      sekolah
                G1     Perempuan    Bahasa Tamil  SPM                13 Tahun     Selangor         Bandar
                G2     Perempuan    Bahasa Tamil   Ijazah Sarjana Muda  18 Tahun   Selangor        Bandar
                G3     Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  8 Tahun    Selangor         Luar bandar
                G4     Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  10 Tahun   Selangor         Luar bandar
                G5     Perempuan    Bahasa Tamil  SPM                15 Tahun     Negeri Sembilan   Luar bandar
                G6     Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  21 Tahun   Negeri Sembilan   Bandar
                G7     Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  14 Tahun   Negeri Sembilan   Bandar
                G8     Perempuan    Bahasa Tamil  SPM                7 Tahun      Negeri Sembilan   Luar bandar
                G9     Perempuan    Bahasa Tamil  SPM                15 Tahun     Negeri Sembilan   Luar bandar
                G10    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  15 Tahun   Melaka           Bandar
                G11    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  23 Tahun   Melaka           Bandar
                G12    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  24 Tahun   Melaka           Luar Bandar

               Jadual 2
               Demografi responden SK

                                                  Kelayakan          Pengalaman                    Lokasi
                Kod   Jantina       Opsyen                                        Negeri
                                                  akademik           mengajar                      sekolah
                G13    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  7 Tahun    Selangor         Bandar
                G14    Perempuan    Bahasa Tamil   Ijazah Sarjana Muda  12 Tahun   Selangor        Bandar
                G15    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  9 Tahun    Negeri Sembilan   Bandar
                G16    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  10 Tahun   Negeri Sembilan   Bandar
                G17    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  9 Tahun    Negeri Sembilan   Bandar
                G18    Lelaki       Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  10 Tahun   Negeri Sembilan   Bandar
                G19    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  11 Tahun   Melaka           Bandar
                G20    Perempuan    Bahasa Tamil  Ijazah Sarjana Muda  8 Tahun    Melaka           Bandar

                       Data  dikumpul  melalui  kaedah  temu  bual  dan  pemerhatian.  Kaedah  temu  bual
               digunakan  untuk  mendapatkan  maklumat  berkenaan  latar  belakang,  pengetahuan  dan
               pemahaman responden. Menurut Mohamad Najib (1999) kaedah temu bual membantu untuk
               mengumpul maklumat tambahan yang penting dan terperinci mengenai sesuatu perkara yang
               dikaji. Titchie & Lewis (2003) juga menyatakan bahawa kaedah temu bual dapat menjelaskan
               pandangan  dan  cara  pemikiran  seseorang  responden.  Apabila  membincangkan  tentang
               pemahaman seseorang cara temu bual akan membantu pengkaji memperolehi maklumat yang
               mencukupi daripada responden. Ia juga merupakan satu cara pengumpulan data yang efisien
               yang melibatkan interaksi sosial (Ghazali & Sufean, 2016).
                       Manakala,  kaedah  pemerhatian  digunakan  untuk  mengumpul  maklumat  berkaitan
               tentang kefahaman dan kebolehan guru menterjemahkan standard pembelajaran dari DSKP
               dalam aktiviti PdP serta kebolehan guru melaksanakan pentaksiran bilik darjah. Di samping
               itu, kaedah ini dapat membantu pengkaji melihat minat murid-murid sewaktu pengajaran guru
               di  bilik  darjah.  Menurut  Patton  (2002),  kaedah  pemerhatian  juga  penting  kerana  ia  dapat
               membantu  pengkaji  menyiasat  keadaan  sebenar  sewaktu  proses  pelaksanaan  dengan  lebih
               mendalam  dan  memberi  lebih  maklumat  yang  realistik.  Dalam  kajian  ini,  semasa  proses
               pemerhatian pengajaran guru di bilik darjah, tumpuan pemerhatian diberikan kepada beberapa
               aspek seperti keberkesanan PdP, kecekapan guru menguruskan masa, objektif PdP, interaksi
               guru dengan murid dan kebolehan guru mengemukakan pelbagai aras soalan. Di samping itu,
               kekuatan  dan  kelemahan  PdP  yang  dilaksanakan  oleh  guru  turut  dicatat  sebagai  bukti
               pengetahuan dan pemahaman guru.


                                                           102
   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117