Page 114 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 114

Manakala 6 orang responden iaitu G6, G7, G13, G16, G17 dan G19 kurang memahami
               kandungan  DSKP.  Responden-responden  ini  tidak  arif  tentang  perkara-perkara  yang
               dititikberatkan dalam DSKP terutamanya standard prestasi, EMK dan kemahiran abad ke-21.
               Mereka  mengaku  bahawa  mereka  jarang  merujuk  bahagian  awalan  DSKP.  Namun  begitu,
               kesemua  responden  ini  berupaya  merancang  aktiviti  PdP  yang  menjurus  kepada  standard
               pembelajaran. Berdasarkan analisis temu bual didapati mereka mempunyai pengetahuan dan
               pemahaman tentang bahagian pengkhususan kemahiran bahasa iaitu standard pembelajaran
               yang harus diajar. Mereka tidak memahami tentang bahagian awalan DSKP iaitu bahagian
               yang menerangkan tentang elemen-elemen yang perlu diterapkan seiring mengajar kemahiran
               bahasa.

                     ....saya pernah baca tetapi maaf tidak ingat kandungan di bahagian awalan. Kerana saya
                     hanya  merujuk  bahagian  yang  ada  kemahiran  bahasa...  sebab  saya  sudah  membuat
                     rancangan tahuanan dan selalu rujuk dokumen itu.... (G6)
                     .....dalam dskp ini ada standard kandungan, standard pembejaran, standard prestasi,
                     bahagian tatabahasa, bahagian ceyyul, mozhiyani, ada kosa kata yang perlu tekankan
                     dalam  tahun  ini....  di  depan  DSKP  maaf  saya  jarang  baca...  ada  objektif,
                     ...mmm...kerangka...ada senarai EMK.....lepas itu..ada....maaf saya tak ingat...maaf....
                     (G7)
                     .....saya ada dengar masa kursus tapi tak ingat, saya jarang baca bahagian awalan ini....
                     setahu saya ada objektif, matlamat kurikulum,senarai EMK, kemahiran bahasa seperti
                     standard  pembelajaran  mendengar,  bertutur,  membaca,  menulis,  tatabahasa  dan
                     ceyyul,mozhiyani... ada juga tentang kosa kata, mmm... aspek tatabahasa, ceyyul dan
                     mozhyani bagi tahun 3...ada standar prestasi... (G13)
                     .....saya selalu rujuk bahagian kemahiran bahasa....boleh terangkan tentang standard
                     pembelajaran yang perlu ajar... bagi saya ingat itu yang penting.... yang saya perlu ajar
                     dalam kelas... bahagian awalan DSKP ini saya jarang melihat... saya akan gunakan
                     senarai EMK, strategi yang diberikan oleh panitia... elemen lain... maaf saya tak tahu...(
                     G16)
                     .....saya ada DSKP... dalam DSKP ini ada standard pembelajaran yang kami perlu ajar
                     kepada murid, ada standard prestasi yang digunakan sewaktu menilai murid, ada aspek
                     ceyyul, mozhiyani dan tatabahasa... tapi di pendahulan DSKP ini saya merujuk sekali-
                     sekala..maaf tak ingat sangat... boleh saya lihat sekarang...(G17)
                     .....maaf saya tidak baca bahagian itu. Tapi ingat dari kurikulum KSSR dulu ada 3 EMK
                     yang  ditekankan  dalam  DSKP...  ada  kerangka  kurikulum,  ada  objektif....mmm  ada
                     standard  pembelajaran  dan  standard  kandungan...  ada  juga  nyatakan  standard
                     prestasi...saya boleh terangkan tentang standard pembelajaran yang kami selalu ajar di
                     kelas...(G19)

                     Didapati 3 orang responden yang selebihnya iaitu G2, G11 dan G14 kurang memahami
               keseluruhan  kandungan  DSKP  dan  tidak  dapat  merancang  aktiviti  yang  menjurus  kepada
               objektif  dan  standard  pembelajaran  yang  diajar.  Aktiviti  yang  dirancang  tidak  bersesuaian
               dengan kemahiran yang diajar. Mereka juga mengaku bahawa pernah menerima pendedahan
               melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) di peringkat sekolah.

                     .....mmm...maaf saya hanya rujuk buku teks dan rancangan tahunan yang disediakan di
                     sekolah    untuk  merancang  RPH.  Dalam  DSKP  ada  standard  pembelajaran  dan  ada
                     beberapa perkara di depan....ya pernah hadir LDP.... (G2)
                     .....  ada  DSKP  tetapi  saya  jarang  merujuk  DSKP  sebab  kami  sudah  ada  rancangan
                     tahunan  pada  awal  tahun.  Saya  hanya  guna  itu.  DSKP...  saya  akan  lihat  sekali-
                                                           104
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119