Page 118 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 118
PERBINCANGAN
Berdasarkan keempat-empat aspek dapatan kajian, iaitu pemahaman guru terhadap kandungan
DSKP, kebolehan guru menterjemahkan standard pembelajaran dalam proses PdP,
keberkesanan pelaksanaan aspek-aspek yang terkandung dalam kurikulum Bahasa Tamil dan
kebolehan melaksanakan pentaksiran bilik darjah membolehkan pengkaji mengenal pasti
beberapa perkara untuk dibincangkan.
Menurut Blandfort (2009), guru-guru yang mempunyai pengetahuan dan pemahaman
terhadap bidang yang diajar akan dapat menjalankan tugas dengan baik dan memuaskan.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan responden yang mempunyai pengetahuan dan
pemahaman tentang kandungan DSKP dapat merancang dan menjalankan aktiviti PdP dengan
baik. Seramai 11 orang responden yang memahami kandungan DSKP dapat membuat
perancangan yang baik sebelum menjalankan aktiviti PdP di bilik darjah. Responden-
responden ini berupaya melaksanakan aktiviti PdP yang dirancang dengan baik.
Didapati juga 3 orang responden iaitu G6, G13 dan G19 yang kurang memahami
kandungan DSKP berupaya merancang aktiviti PdP yang sesuai dengan standard
pembelajaran. Mereka juga berupaya menterjemahkan standard pembelajaran dengan
menggunakan strategi PdP yang berkesan dan menyusun aktiviti PdP untuk mencapai objektif
pembelajaran. Dapatan ini menunjukkan bahawa pengalaman mengajar dan perbincangan
antara rakan sejawat mendorong mereka menterjemahkan standard pembelajaran yang dipilih
pada hari tersebut. Widad dan Hatta (2001) dan Mohd Najib dan Ali (2007) menyatakan
bahawa pengalaman guru mempengaruhi pengetahuan guru-guru dalam melaksanakan sesuatu
kurikulum yang baharu. Dalam kajian ini 2 orang responden iaitu G6 dan G19 ini mempunyai
pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun dan mempunyai pengetahuan dari kurikulum lama
menyebabkan mereka dapat merancang dan menjalankan aktiviti PdP dengan baik. Tambahan
pula, dengan adanya perkongsian ilmu dari rakan sejawat membantu mereka merancang
aktiviti PdP dengan baik. Perkara ini telah dinyatakan oleh Rosnah dan Mohammad Faizah
(2013) iaitu guru sentiasa menimba ilmu dengan pembelajaran kendiri dan kemudiannya
berkongsi ilmu dengan rakan sejawatan akan menghasilkan pembelajaran kolektif serta
meningkatkan keberkesanan proses PdP. Perkongsian ilmu dengan rakan sejawat merupakan
salah satu faktor utama membantu guru-guru menambah pengetahuan dan pemahaman tentang
bidang yang diajar. Dalam kajian ini, 3 orang responden yang kurang memahami kandungan
DSKP telah berbincang dan menerima tunjuk ajar dari rakan sejawat untuk merancang aktiviti
PdP pada hari tersebut.
5 orang responden yang kurang memahami kandungan DSKP tidak dapat merancang
aktiviti PdP yang menjurus kepada kehendak objektif pembelajaran. Mereka tidak memahami
kehendak standard pembelajaran yang dipilih. Dapatan ini disokong oleh Fadhilah Razali et al.
(2017) yang menegaskan sekiranya guru mempunyai pengetahuan dan kemampuan yang
kurang, ia akan menjadi halangan utama dalam pelaksanaan sesuatu kurikulum di sekolah.
Pierce dan Lorber (1967) juga menyatakan bahawa strategi atau kaedah pembelajaran perlu
dirancang. Habsah (2014) juga menyatakan bahawa sesorang guru harus bijak merancang
aktiviti PdP mengikut keperluan individu, kumpulan dan keseluruhan kelas supaya dapat
mencapai objektif pembelajaran. Perancangan pembelajaran yang tidak cukup mengakibatkan
pengajaran tersebut tidak berpandu kepada objektif pembelajaran dan membazirkan masa
pembelajaran murid serta pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.
Dari segi kebolehan menterjemahkan standard pembelajaran dalam aktiviti PdP,
didapati responden yang menjalankan pengajaran yang berkesan adalah mereka yang
memahami dan menghayati kandungan DSKP. Pengalaman mengajar juga mendorong
responden merancang aktiviti yang sesuai dan menjalankan aktiviti yang berefektif. Mereka
yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang tidak dapat menjalankan pengajaran yang
108

