Page 116 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 116
Pelaksanaan Aspek-Aspek Yang Terkandung Dalam Kurikulum Bahasa Tamil
Pengetahuan tentang EMK
Dapatan temu bual menunjukkan semua responden sedar tentang menerapkan EMK dalam
aktiviti PdP. Semua responden berupaya menerangkan tentang cara penerapan EMK dalam
aktiviti PdP. Tetapi seramai 6 orang tidak tahu tentang senarai EMK yang dinyatakan dalam
DSKP Bahasa Tamil. Mereka mengaku bahawa mereka menggunakan senarai EMK yang
diberikan oleh pihak sekolah sewaktu menjalankan aktiviti PdP. Semua responden ada
menyatakan tentang EMK yang diterapkan dalam RPH mereka.
.....ia saya tahu ada EMK dalam DSKP.... tapi saya tak ingat jumlah itu.... saya guna
senarai EMK yang diberikan oleh ketua panitia masa mesyuarat pertama kami pada awal
tahun...(G6)
.....saya tahu EMK ini perlu diterapkan sewaktu menjalankan aktiviti PdP....tapi saya
guna senarai yang diberikan oleh pihank sekolah... jadi tidak lihat DSKP itu... (G17)
.....ya saya ada terapkan EMK...ia perlu dimasukkan sewaktu mengajar....tapi saya tak
ingat jumlah EMK DSKP , tapi saya selalu guna EMK...rujuk senarai yang diberikan
oleh pihak sekolah...(G19)
Penerapan EMK
Didapati seramai 11 orang iaitu G3, G4, G7, G8, G9, G13, G14, G15, G17, G19 dan G20 sahaja
yang menerapkan EMK dalam aktiviti PdP. Mereka berupaya menerapkan EMK yang
bersesuaian dengan tajuk pembelajaran yang diajar pada hari tersebut. Didapati 9 orang yang
lain tidak memberi penekanan kepada penerapan EMK walaupun mereka ada mencatatkan
EMK yang akan diterapkan dalam RPH. Ada di antara mereka ini tidak mengambil berat
tentang penerapan EMK dalam aktiviti PdP.
.....saya faham dan sedia maklum tentang penerapan EMK dalam aktiviti PdP. Saya ada
catat dalam RPH saya tapi hari ini saya terlupa menerapkannya semasa menjalankan
PdP...(G5)
.....oh.. ya... saya ada mencatat dalam RPH saya. Maaf tidak sedar sewaktu menjalankan
aktiviti PdP tadi...(G10)
.....alamak terlupa menerapkan EMK tadi... tapi saya ada rancang untuk menerapkan
tentang kepentingan alam sekitar... kelestarian alam sekitar....(G12)
Penerapan KBAT
Dari aspek penerapan KBAT pula didapati bahawa G1, G3, G4, G5, G8, G9, G10, G15 dan
G19 berupaya mewujudkan suasana PdP KBAT dengan menggunakan teknik penyoalan secara
berkesan dan menggunakan peta i-Think. Soalan yang diajukan mendorong murid berfikir pada
aras tinggi. Manakala responden yang lain tidak memberi penekanan kepada pembelajaran
KBAT dalam kalangan murid sewaktu proses PdP.
Contoh soalan KBAT yang ditanyakan semasa PdP:
.....apakah akan berlaku selepas kejadian itu?...(G5)
.....mengapa berlaku siatuasi tersebut? Sekiranya anda berada di tempat kejadian
apakah tindakan anda pada hari tersebut?... (G8)
.....bagaimana cara boleh mengelakkan berlakunya pencemaran air?...(G10)
.....nyatakan lima langkah yang sesuai.....(G15)
106

