Page 123 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 123
Pembelajaran Nombor Integer Negatif: Adakah Jurang Perbezaan Antara Jantina?
1
Khong Wei Seng , Prof. Madya Dr. Lim Hooi Lian
2
Universiti Sains Malaysia
1 seanson.kws85@yahoo.com, hllim@usm.my
2
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pencapaian hasil pembelajaran nombor interger negatif
murid lelaki dan murid perempuan tingkatan satu berdasarkan pencapaian mereka dalam
ujian diagnostik. Kaedah tinjauan dengan pemilihan sampel secara rawak klaster digunakan
dalam kajian ini. Seramai 572 orang murid tingkatan satu dari 11 buah sekolah menengah di
seluruh negeri Pulau Pinang terlibat dalam kajian ini, iaitu 298 orang murid lelaki dan 274
orang murid perempuan. Ujian Diagnostik Operasi Penolakan Nombor Integer Negatif
(UDOPNIN) telah dibina. Ia mengandungi 40 soalan aneka pilihan berpandukan empat
kategori operasi dan dua jenis penolakan yang mempunyai empat pilihan jawapan. Perbezaan
skor min pencapaian dalam UDOPNIN antara murid lelaki dengan murid perempuan telah
dikenal pasti. Dapatan ujian-t sampel-sampel bebas telah membuktikan tiada perbezaan yang
signifikan dalam skor min UDOPNIN antara murid lelaki dan murid perempuan. Ini telah
membutikan bahawa guru tidak perlu sengaja menyediakan aktiviti pembelajaran yang
berbeza untuk murid lelaki dan perempuan semasa pengajaran dan pembelajaran nombor
integer negatif dijalankan.
Kata kunci: nombor integer negatif, perbezaan jantina, ujian diagnostik, tingkatan satu, soal
selidik
PENGENALAN
Walaupun nombor integer negatif telah wujud selama beratus-ratus tahun di Eropah, tetapi
masih tidak diterima oleh para ahli matematik (Sadler, 2012). Hal ini dapat dilihat dalam
masyarakat Greek pada abad ke-17. Mereka merasa tidak selesa dengan nombor negatif dan
ini terbukti bahawa kajian-kajian sejarah mendapati bahawa tiada sebarang petunjuk nombor
negatif dalam hasil kerja tokoh matematik seperti Aristotle. Menurut Schwarz, Kohn dan
Resnick (1993), apabila nombor integer negatif diperkenal dalam Eropah sekitar tahun 1500,
ahli matematik menyebut nombor negatif sebagai "hutang", atau lebih mudah lagi “nombor
kompleks”. Nombor integer positif dirujuk sebagai "penyelesaian benar" kepada persamaan
matematik, manakala nombor integer negatif telah ditakrifkan sebagai "penyelesaian palsu".
Menurut Schwarz et al. (1993), penggunaan nombor integer negatif sebenarnya dicipta
oleh China dan India pada abad ketujuh. Catatan peniaga-peniaga China dengan palang merah
digunakan untuk menandakan pekali positif, dan palang hitam untuk pekali negatif dalam
peniagaan hutang dan rugi. Ini merupakan sebutan nombor negatif yang pertama diketahui di
dunia. Ahli matematik India, Brahmagupta pula telah menggunakan nombor-nombor negatif
untuk menghasilkan rumus persamaan kuadratik, satu bentuk am yang masih digunakan pada
hari ini (Schwarz et al., 1993). Implikasi simbol negatif berbeza-beza sejak abad yang lalu telah
menyukarkan para pendidik pada masa kini untuk memberi kefahaman murid terhadap operasi
integer negatif (Ismail & Muhammad Asyraf, 2010). Sejarah membuktikan bahawa pelbagai
kaedah telah dicipta dan digunakan, namun tidak ada satu kaedah yang sempurna untuk
menunjukkan operasi integer (Sadler, 2012). Walau bagaimanapun penjelasan latar belakang
yang berbeza-beza terhadap “nombor integer negatif” dahulu telah memperluaskan
113

