Page 125 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 125

murid perempuan dalam skor ujian diagnostik telah dikenal pasti dalam kajian ini, supaya
               menentukan kebenaran dan ketekalan kenyataan yang dilakukan oleh kajian-kajian lepas, dan
               berharap hasil kajian ini dapat membantu para guru dalam perancangan kurikulum bagi topik
               nombor integer negatif.

               Tujuan Kajian

               Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pencapaian hasil pembelajaran nombor integer negatif
               murid lelaki dan murid perempuan berdasarkan pencapaian mereka dalam ujian diagnostik.
               Perbezaan skor min pencapaian dalam Ujian Diagnostik Operasi Penolakan Nombor Integer
               Negatif (UDOPNIN) antara murid lelaki dengan murid perempuan tingkatan satu telah dikenal
               pasti. Hasil kajian ini amat penting untuk mengenal pasti perbezaan pencapaian skor min dalam
               instrumen  UDOPNIN  antara  murid  lelaki  dan  murid  perempuan  supaya  membantu  para
               pendidik dalam perancangan dan penyediaan pengajaran konsep nombor integer negatif.

               Soalan Kajian

               Soalan kajian dalam kajian ini adalah:

               Adakah  dan  apakah  perbezaan  skor  min  UDOPNIN  antara  murid  lelaki  dengan  murid
               perempuan tingkatan satu?

               Hipotesis Kajian

               Hipotesis-hipotesis dalam kajian ini adalah seperti berikut:

               Hipotesis nol       : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min UDOPNIN
                                     antara murid lelaki dengan murid perempuan tingkatan satu.

               Hipotesis alternatif  : Terdapat perbezaan yang signifikan dalam skor min UDOPNIN antara
                                     murid lelaki dengan murid perempuan tingkatan satu.

                                               SOROTAN LITERATUR

               Kajian Lepas Nomber Integer Negatif

                      Terdapat  beberapa  pengkaji  tempatan  dan  luar  negara  telah  menjalankan  kajian
               mengenai topik nombor negatif, dapatan kajian yang dilakukan menunjukkan  hasil analisis
               yeng berbeza-beza berdasarkan pengkaji. Dapatan kajian Sadler (2012) menunjukkan beberapa
               kesalahan yang sering kali dilakukan oleh muridnya dan kesalahan tersebut boleh dikategori
               kepada tiga jenis, iaitu (i) miskonsepsi aritmetik, (ii) miskonsepsi penggunaan simbol, dan (ii)
               miskonsepsi aritmetik & penggunaan simbol. Miskonsepsi aritmetik adalah kesalahan yang
               melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dalam masalah matematik. Miskonsepsi
               penggunaan simbol negatif pula adalah kesalahan yang melibatkan penggunaan simbol-simbol
               negatif dalam operasi matematik. Manakala miskonsepsi aritmetik dan penggunaan simbol
               negatif  adalah  kesalahan  yang  melibatkan  operasi  tambah,  tolak,  darab  dan  bahagi  serta
               kesalahan penggunaan simbol-simbol negatif dalam operasi matematik. Kajian Laura (2010,
               2014) pula menunjukkan murid yang tidak dapat menguasai makna sebenar binary, symmetric,
               dan  unary  bagi  simbol  negatif  turut  menjadi  masalah  semasa  membuat  soalan  yang
               memerlukan  operasi  penambahan  dan  penolakan  dalam  nombor  negatif.  Di  samping  itu,
                                                           115
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130