Page 142 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 142

Jadual 1:
               Analisis Tahap Profesionalisme Mengikut Dimensi

                Bil  Dimensi                                               Min   SP  Interpretasi
                1.    Kecintaan terhadap profesion                         4.17   .41  Tinggi
                2.    Berketerampilan                                      4.31   .52  Sangat tinggi
                3.    Teladan                                              4.29   .50  Sangat tinggi
                4.    Mengamalkan kerja berpasukan                         4.36   .51  Sangat tinggi
                5.    Proaktif                                             4.18   .49  Tinggi
                6.    Kreatif dan inovatif                                 3.94   .34  Tinggi
                7.    Kefahaman  terhadap  falsafah-falsafah  terkini  asas  3.84   .41  Tinggi
                      perlaksanaan PDPc
                8.    Kefahaman terhadap strategi-strategi PDPc            3.86   .38  Tinggi
                      Keseluruhan                                          4.12   .45  Tinggi

               Pengaruh Profesionalisme Guru Terhadap Pencapaian Akademik di Sekolah-Sekolah
               Berprestasi Rendah Luar Bandar

               Analisis  regrasi  digunakan  untuk  mengenalpasti  sumbangan  profesionalisme  guru  sebagai
               terhadap pencapaian akademik. Analisis ini adalah menguji penetapan hipotesis nul iaitu:

               Ho1     Tidak  terdapat  pengaruh  profesionalisme  guru  terhadap  pencapaian  akademik  di
                       sekolah-sekolah berprestasi rendah luar bandar.

                       Analisis  regrasi  berganda  ‘stepwise’  dilakukan  bagi  menentukan  pengaruh  lapan
               dimensi  profesionalisme  guru  terhadap  pencapaian  akademik.  Jadual  2  menunjukkan  hasil
               analisis  regrasi  yang  melibatkan  pengaruh  profesionalisme  guru  terhadap  pencapaian
               akademik.
                       Dapatan  analisis regrasi pada Jadual  2  yang mana nilai  R=.910  yang menunjukkan
               dapatan  korelasi  positif  pada  tahap  tinggi  bagi  profesionalisme  guru  dengan  pencapaian
                                               2
               akademik.  Manakala  nilai  R =.828  adalah  nilai  varians  yang  disumbangkan  oleh
               profesionalisme guru terhadap pencapaian akademik. Nilai R=.910 bagi profesionalisme guru
               yang signifikan terhadap pencapaian akademik menyumbang varians pada nilai 82.8 peratus.

               Jadual 2:
               Ringkasan Model Regrasi Profesionalisme Guru Terhadap Pencapaian Akademik

                Model              R                  R               R  Terlaras           SE
                                                       2
                                                                       2
                1                  .910               .828            .828                  .08150

                       Jadual  3  menunjukkan  profesionalisme  guru  berupaya  memberi  pengaruh  terhadap
               pencapaian  akademik  F  (1,333)  =1065.072,  p=.000)  pada  aras  keertian  p<0.05.  Nilai  F
               menunjukkan  hubungan  linear  yang  signifikan  antara  variabel  kriteria  (prestasi  akademik)
               dengan dimensi-dimensi dalam variabel peramal (profesionalisme guru). Oleh itu, hipotesis
               nul  yang  menyatakan  tidak  terdapat  pengaruh  profesionalisme  guru  terhadap  pencapaian
               akademik di sekolah-sekolah berprestasi rendah adalah ditolak.





                                                           132
   137   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147