Page 151 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 151

besar menunjukkan kadar penguasaan yang masih rendah dalam kalangan murid Orang Asli
               bagi 3M - membaca, menulis dan mengira berbanding pencapaian peringkat kebangsaan.
                       Kajian oleh Hamzah et al. (2019) juga menunjukkan kompetensi amalan berbahasa
               Melayu  murid  sekolah  rendah  berdasarkan  Standard  Kualiti  Pendidikan  Malaysia  (SKPM)
               adalah  pada  tahap  harapan  (65.3%).  Oleh  itu  program  sedia  ada  dan  program  baru  perlu
               sentiasa ditambahbaik demi memartabatkan Bahasa Melayu. Punca utama murid Orang Asli
               tidak dapat menguasai Bahasa Melayu adalah kerana Bahasa Melayu adalah Bahasa kedua dan
               mereka menggunakan Bahasa ibunda mereka sendiri (Shaari et al., 2016; Dali et al, 2013;
               Mamat et al. 2018). Oleh yang demikian, dalam melaksanakan PIKAP, guru-guru digalakkan
               mempelajari dan menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa ibunda suku kaum tersebut bagi
               membantu proses pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan.
                       Dari  segi  pentaksiran,  Persidangan  Meja  Bulat  Pendidikan  Murid  Orang  Asli  yang
               diadakan pada 29 September 2016 mendapati murid tidak dapat bersaing dalam pentaksiran
               sedia  ada.  Sekolah  juga  berdepan  dengan  tekanan  daripada  KPM/JPN/PPD  yang  berfokus
               kepada pencapaian LINUS dan UPSR. Makmal Hala Tuju Pendidikan Murid Orang Asli 21-
               25 November 2016 telah memutuskan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) mengadakan
               penjenamaan semula  KAP  sebagai  Modul  Intervensi  Pedagogi  Peribumi.  Maka  BPK telah
               membangunkan  Panduan  PdP  Program  Intervensi  Khas  Murid  Orang  Asli  dan  Peribumi
               (PIKAP) yang dirangka khusus bagi menangani murid yang tidak menguasai kemahiran asas
               membaca, menulis dan mengira (3M) dan masalah ketidakhadiran ke sekolah.

               Panduan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) PIKAP

               Program  Intervensi  Khas  Murid  Orang  Asli  dan  Peribumi  (PIKAP)  merupakan  salah  satu
               aktiviti dalam Inisiatif #57 Pelan Transformasi Pendidikan Murid Orang Asli dan Peribumi
               yang  terkandung  dalam  Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  (2013-2025).  PIKAP
               merupakan  satu  strategi  yang  dilaksanakan  untuk  meningkatkan  kemahiran  asas  3M,
               menggalakkan dan mengekalkan minat Orang Asli dan Peribumi datang ke sekolah dan tidak
               ketinggalan  dalam  arus  transformasi  pendidikan.  Program  ini  juga  dibangunkan  untuk
               merapatkan  jurang  pemahaman  kurikulum  arus  perdana  dan  keupayaan  murid.  PIKAP
               mempunyai tujuan serampang dua mata iaitu membantu murid-murid Orang Asli (OA) dan
               Peribumi  menguasai  dan  meningkatkan  kemahiran  membaca,  menulis  dan  mengira  (3M);
               menggalakkan serta mengekalkan minat murid Orang Asli dan peribumi datang ke sekolah
               agar tidak ketinggalan dalam arus transformasi pendidikan. Menurut Marzuki et al. (2014),
               lokasi  petempatan  Orang  Asli  dan  Peribumi  yang  berselerak  dan  kebanyakannya  jauh  di
               pedalaman  (Abdullah,  2014)  menyebabkan  darjah  aksesibiliti  mereka  kepada  kemudahan
               pendidikan agak rendah dan faktor ini membawa kepada peratusan kehadiran ke sekolah yang
               rendah. Sehubungan dengan itu, PIKAP juga dirangka untuk merapatkan jurang pemahaman
               kurikulum  arus  perdana  dan  keupayaan  murid  Orang  Asli.  Sekolah-sekolah  yang  terpilih
               dibekalkan  dengan  Panduan  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  PIKAP  untuk  tiga  mata
               pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik untuk digunakan oleh guru
               semasa proses PdP di dalam kelas.
                       Pembinaan  Panduan  PdP  PIKAP  mengambil  kira  faktor  utama  kejayaan  sesuatu
               program  untuk  murid  Orang  Asli  dan  Peribumi  itu  sendiri  yang  merangkumi  keupayaan,
               persekitaran,  perbezaan  latar  belakang,  penempatan,  kecerdasan  dan  tahap  kognitif  serta
               budaya  (Shaari  et  al.,  2016;  Ruslan,  2018).  Dalam  hal  ini,  perbezaan  antara  pedagogi
               pendidikan dan budaya masyarakat Orang Asli itu sendiri menyebabkan murid Orang Asli
               tidak berminat untuk mengikuti proses pembelajaran di dalam bilik darjah (Said et al, 2017).
               Maka Panduan ini dibina dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut. Selain daripada itu,
               faktor-faktor lain yang menyebabkan keciciran masyarakat ini ialah masyarakat Orang Asli
                                                           141
   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156