Page 147 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 147
akademik di peringkat ijazah sarjana yang berkaitan dengan bidang-bidang pendidikan.
Amalan ini telah diamalkan di Finland sehingga hari ini yang meletakkan syarat di mana setiap
guru perlu memiliki ijazah sarjana untuk mendapatkan pekerjaan sebagai guru yang tetap
(Abdul Rashid Mohamed, 2014). Malah, dalam kajian oleh Losius Goliong, et. al., (2014)
menyatakan terdapat keperluan untuk menetapkan salah satu syarat penting yang wajar diambil
kira dalam perlantikan jawatan sebagai pemimpin sekolah ialah kelayakan akademik sekurang-
kurangnya di peringkat ijazah sarjana dalam bidang pengurusan pendidikan. Ini adalah
bertujuan untuk memastikan guru-guru yang menyandang jawatan tersebut mempunyai tahap
profesionalisme yang berkualiti.
KESIMPULAN
Secara amnya, kajian ini mendapati profesionalisme guru memberikan sumbangan signifikan
terhadap pencapaian akademik. Namun, terdapat beberapa dimensi profesionalisme guru
dalam kajian ini wajar pertingkatkan supaya memberi impak yang lebih besar kepada
pencapaian akademik khususnya di sekolah-sekolah luar bandar. Tanggungjawab utama guru
ialah memastikan pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti melalui pencapaian akademik
yang cemerlang. Ini disebabkan persepsi umum masyarakat pada hari ini masih melihat kepada
prestasi keputusan peperiksaan UPSR sebagai salah satu pengukuran terhadap profesionalisme
guru. Oleh itu, guru perlu memastikan supaya kemahiran yang diajar dapat dikuasai
sepenuhnya oleh pelajar melalui PDPc berkualiti di mana akhirnya diterjemahkan melalui
prestasi pencapaian akademik yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
RUJUKAN
Abd. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak. (2003). Pengajaran akhlak di sekolah menengah:
persepsi pelajar. Prosiding wacana pendidikan Islam (siri 3) perkaedahan pengajaran
pendidikan Islam: Antara tradisi dan inovasi, 68-79.
Abdul Rashid Mohamed. (2014, September). Bersama mengalas haluan pendidikan guru
Malaysia. Kertas dibentangkan di seminar kebangsaan anjuran majlis dekan-dekan
pendidikan IPTA, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Abdullah Zawawi, S. S. (2011). Transformasi PTV: kesediaan guru-guru vokasional terhadap
pelaksanaan kolej vokasional kpm dari aspek tahap kemahiran. Kertas dibentangkan
di Persidangan Kebangsaan Penyelidikan & Inovasi Dalam Pendidikan & Latihan
Teknik Vokasional, Pulau Pinang.
Asmawati Suhid, Abdul Rahman Md. Aroff & Norliana Kamal. (2012). Factors causing student
absenteeism according to peers. International Journal of Arts and Commerce, 1 (4),
342-350.
Aziah Ismail, Yahya Don & Yaakob Daud. (2006). Kepimpinan dan Pembangunan Pelajar
Sekolah di Malaysia. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.
Brodie, K. (2014). Learning about learner errors in professional learning communities.
Education Studies for Mathematics, 85, 221-239.
B-Y Sim, J. (2009). The state, teachers and citizenship education Singapore schools. British
Journal of Education Studies, 57(4), 380-399.
Day, C. (1999). Developing teachers: The challenges of lifelong learning. London: Falmer
Press.
Edmond, N., & Hayler, M. (2013). On either side of the teacher: Perspectives on
professionalism in education. Journal of Education for Teaching, 39(2), 209-222.
137

