Page 153 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 153
2. Apakah tahap kesesuaian kandungan Panduan PdP PIKAP?
3. Apakah tahap penterjemahan guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP?
4. Apakah tahap kebolehlaksanaan pentaksiran guru terhadap kandungan Panduan PdP
PIKAP?
5. Apakah tahap kesediaan prasarana guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP?
METODOLOGI
Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitaf dan pengumpulan data dijalankan
secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Kajian ini menggunakan kaedah
pensampelan bertujuan (purposive sampling) (Ghazali & Sufean, 2019) iaitu guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di Sekolah Orang
Asli dan Penan. Sampel terdiri daripada 3 orang guru iaitu guru Tahun 1 bagi setiap mata
pelajaran di setiap sekolah yang telah dipilih. Seramai 37 orang guru dari 11 buah sekolah
rendah Orang Asli dan Peribumi terlibat dalam kajian ini. Guru telah diberikan taklimat dan
dibekalkan dengan Panduan PdP PIKAP pada bulan April untuk dilaksanakan selama empat
bulan di sekolah masing-masing. Guru-guru menjawab soal selidik pada bulan Julai setelah
menggunakan Panduan PDP PIKAP selama empat bulan. Batasan kajian ini tertakluk kepada
respond sekolah-sekolah terpilih sahaja, maka dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan
kepada sekolah-sekolah lain. Data dianalisis secara deskriptif iaitu min dan sisihan piawai
menggunakan perisian MS EXCEL 2013 dan SPSS Versi 22. Instrumen menggunakan Borang
Soal Selidik menggunakan skala Likert (1=Sangat tidak setuju, 2=Tidak setuju, 3=Setuju dan
4=Sangat setuju).
DAPATAN
Persepsi guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP di nilai berdasarkan kepada
lima aspek iaitu kefahaman terhadap Panduan PdP PIKAP, kesesuaian kandungan,
penterjemahan kandungan, kebolehlaksanaan pentaksiran dan kesediaan prasarana dalam
pelaksanakan Panduan PdP PIKAP dalam kelas. Interpretasi min adalah berdasarkan kepada
skala pemeringkatan seperti di Jadual 1
Jadual 1
Intepretasi skor min
Min Interpretasi
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Landell (1977), Ghazali & Sufean (2019)
Dapatan menunjukkan aspek kefahaman terhadap Panduan PdP PIKAP berada pada tahap
tinggi (m=4.08; sd=0.56) (Jadual 2).
143

