Page 152 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 152

tidak berupaya untuk beradaptasi dengan kaum yang lain, kandungan kurikulum sekolah tidak
               bersesuaian dengan budaya masyarakat Orang Asli, stereotype orang Melayu terhadap Orang
               Asli dan sikap ibu bapa (Marzuki et al, 2014). Sehubungan itu, perlunya satu program seperti
               PIKAP yang mengambil kira segala faktor termasuklah penyesuaian pendekatan kurikulum
               yang amat diperlukan bagi membantu meningkatkan pencapaian pendidikan murid Orang Asli
               dan Peribumi.
                       Panduan PdP PIKAP disediakan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
               dan  Matematik  untuk  murid-murid  Tahun  1,  Tahun  2  dan  Tahun  3.  Panduan  PdP  PIKAP
               digubal dan dijajarkan dengan program LINUS, Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa
               Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik (KPM, 2017b, c, d), Kurikulum Standard Sekolah
               Rendah Murid Asli dan Penan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik manakala
               mata pelajaran Bahasa Inggeris pula dijajarkan dengan program LINUS KSSR (KPM, 2017e,
               f, g) dan juga Common European Framework of Reference for Languages (CEFR). Penjajaran
               ini  dibuat  untuk  memastikan  Panduan  PdP  PIKAP  membekalkan  modul  pengajaran  yang
               relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan akan datang, seterusnya menjana satu
               sistem  pendidikan  yang  berkualiti  bagi  mencapai  hasrat  tersebut  mengikut  keupayaan  dan
               persekitaran mereka.
                       Strategi  yang  dicadangkan  dalam  Panduan  PdP  PIKAP  ini  adalah  berdasarkan
               keperluan murid Orang Asli dan Peribumi iaitu mengikut kesesuaian persekitaran, kemudahan
               infrastruktur, keupayaan dan kecenderungan murid. Guru boleh mempelbagaikan strategi PdP
               supaya menarik minat murid dan menggalakkan murid datang ke sekolah untuk menimba ilmu.
               Pengajaran  Berasaskan  Pedagogi  Peribumi  yang  merujuk  kepada  pengajaran  yang
               menggunakan  latar  belakang,  cara  hidup,  budaya,  dan  persekitaran  murid  Orang  Asli  dan
               Peribumi untuk diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana murid Orang
               Asli Murid Orang Asli dan Peribumi amat menyukai pendidikan yang tidak formal serta bebas
               melakukan aktiviti seperti menyanyi, bermain dan sebagainya (Haslinda et al. 2015; Wahab &
               Bahiyah, 2015). Guru perlu membuat persediaan awal dengan mendapatkan maklumat yang
               diperlukan  daripada  pelbagai  sumber  seperti  rakan  setugas,  ibu  bapa,  tok  batin/ketua
               kampung/puak  dan  pihak-pihak  tertentu  bagi  memantapkan  lagi  cadangan  aktiviti
               pembelajaran pedagogi peribumi yang terdapat dalam panduan ini. Pengintegrasian perspektif
               peribumi dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi input kepada guru serta
               menambahkan  kemahiran  pedagogi  peribumi.  Justeru,  guru  berperanan  mengintegrasikan
               pedagogi  peribumi  sebagaimana  yang  terdapat  dalam  Panduan  PdP  PIKAP  dan  dilakukan
               secara  berterusan  agar  pembelajaran  menjadi  bermakna.  Penyediaan  Panduan  PdP  PIKAP
               menjadi  rujukan  guru  untuk  meningkatkan  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  di
               dalam kelas.
                       Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap Panduan
               PdP PIKAP yang telah dibina. Untuk itu, lima objektif dibentuk bagi mengenalpasti tahap
               kebolehlaksanaan Panduan PdP PIKAP berdasarkan beberapa aspek iaitu:
                   1.  Mengenal pasti tahap kefahaman guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP
                   2.  Mengenal pasti tahap kesesuaian kandungan Panduan PdP PIKAP
                   3.  Mengenal pasti tahap penterjemahan guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP
                       dalam kelas
                   4.  Mengenal pasti tahap kebolehlaksanaan pentaksiran guru terhadap kandungan Panduan
                       PdP PIKAP dalam kelas
                   5.  Mengenal pasti tahap kesediaan prasarana terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP

               Seterusnya, lima persoalan kajian dibentuk iaitu:

                   1.  Apakah tahap kefahaman guru terhadap kandungan Panduan PdP PIKAP?
                                                           142
   147   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157