Page 27 - Jurnal Kurikulum BPK 2020
P. 27
Tahap amalan penerapan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Pendidikan
Islam di sekolah rendah pedalaman Zon Utara Sabah
Jadual 5 menunjukkan keputusan analisis skor min tahap amalan penerapan kemahiran berfikir
aras tinggi dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah rendah pedalaman. Hasil analisis
menunjukkan tahap amalan penerapan KBAT berada pada tahap sederhana tinggi dengan
catatan min=3.32 (s.p =0.70). Antara tiga item yang mendapat nilai min yang tinggi ialah item
merancang objektif pembelajaran (min=3.80, s.p =0.60), item menggalakkan murid
mengemukakan pendapat dan membuat keputusan (min=3.67, s.p =0.76) dan item melibatkan
murid secara aktif dalam pembelajaran (min=3.64, s.p =0.75). Keadaan ini menunjukkan
bahawa guru merancang pembelajaran yang mengaplikasikan KBAT serta menjalankan sesi
pembelajaran berpusatkan murid. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa item yang
mencatatkan jawapan tidak pernah antaranya ialah, item menggalakkan murid menilai
kebolehpercayaan sumber-sumber (3.2%) dan item menggalakkan pemikiran kritis (3.2%).
Item yang paling banyak menerima jawapan kadang-kadang pula ialah item mementingkan
murid memilih penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan masalah (19.4%), item
menghasilkan bahan bantu mengajar berasaskan KBAT (16.1%) dan item mengemukakan
soalan-soalan aras tinggi atau divergen (16.1%). Perkara ini menunjukkan masih terdapat guru
yang kurang menerapkan elemen KBAT dalam proses pembelajaran.
Jadual 5
Skor Min Tahap Amalan Pelaksanaan KBAT
Bil Pernyataan/Item Min S.P Interpretasi
1. Saya merancang objektif pembelajaran yang sesuai 3.80 0.60 ST
dengan aras pemikiran murid
2. Saya menggalakkan murid untuk mengemukakan 3.67 0.87 ST
pendapat
3. Saya melibatkan murid secara aktif dalam PdP semasa 3.64 0.75 ST
melaksanakan KBAT
4. Saya mendorong murid berfikir mengenai kepentingan 3.51 0.62 ST
sesuatu peristiwa dalam Pendidikan Islam dan
kepentingan sesuatu bukti atau maklumat
5. Saya menggalakkan murid untuk melontarkan idea 3.51 0.76 ST
baharu (pemikiran kreatif)
6. Saya menggunakan alat berfikir (peta pemikiran, 3.41 0.71 ST
penyusun grafik, soalan dan penyoalan) ketika
melaksanakan KBAT
7. Saya menggunakan sumber-sumber pengajaran untuk 3.41 0.67 ST
tujuan pengajaran dan pembelajaran KBAT
8. Saya mencari peluang untuk melaksanakan KBAT 3.38 0.71 ST
dalam pengajaran
9. Saya mementingkan murid untuk mempertimbangkan 3.32 0.87 ST
penyelesaian yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah (penyelesaian masalah)
10. Saya menggalakkan murid untuk mempertimbangkan 3.32 0.74 ST
pilihan dan kesannya sebelum membuat keputusan
(membuat keputusan)
17

