Page 31 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 31
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 24
berpengalaman mempunyai persepsi lebih positif dan lebih mahir melaksanakan
pendekatan STEM berbanding guru novis.
Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan signifikan antara guru opsyen
Sains dan guru bukan opsyen Sains, dan antara guru novis dan guru berpengalaman
dalam persepsi mereka terhadap peranan guru untuk menyediakan murid
menghadapi Revolusi Industri 4.0. Ini merupakan petanda baik bahawa kesedaran
guru terhadap peranan mereka sebagai pendidik adalah universal untuk menyediakan
generasi muda berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0 adalah tidak terbatas pada
opsyen ikhtisas dan tempoh pengalaman mengajar.
Dalam aspek keperluan latihan pula, guru berpengalaman tidak menunjukkan
perbezaan signifikan berbanding guru novis. Boleh dijangkakan guru berpengalaman
menunjukkan keperluan latihan yang kurang berbanding guru novis memandangkan
mereka sudah berpengalaman luas. Dapatan sebaliknya dalam kajian ini
menggambarkan guru-guru Sains berpengalaman, khasnya mempunyai sifat
pembelajaran sepanjang hayat. Sudhakar (2018), merumuskan kelebihan guru yang
sanggup menyahut cabaran pembelajaran sepanjang hayat sebagai guru yang lebih
bersedia menghadapi cabaran dan menangani perubahan. Pembelajaran sepanjang
hayat juga menggalakkan kreativiti dan kemahiran menggunakan teknologi. Dalam
konteks kajian ini, guru Sains yang belajar sepanjang hayat adalah lebih mudah
menerima cabaran untuk mempelajari pendekatan baharu dalam pendidikan Sains
seperti pendekatan STEM.
KESIMPULAN
Tanggungjawab guru untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kefahaman
teknologi, serta kemahiran kerjaya dalam Revolusi Industri 4.0 adalah tidak terbatas
kepada opsyen ikhtisas guru tempoh pengalaman guru mengajar Sains. Guru
berpengalaman boleh menjadi mentor kepada guru novis dalam penghayatan
kepentingan pendekatan STEM dalam pendidikan Sains. Guru yang telah lama
berkhidmat mempunyai kefahaman yang mendalam tentang kandungan Sains serta
pengalaman luas dalam amalan pedagogi untuk membimbing guru novis dalam
pelaksanaan pendekatan STEM secara praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains. Latihan dalam perkhidmatan untuk Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(CPD) haruslah menggunakan kepakaran guru berpengalaman dalam perkongsian
amalan terbaik dan pementoran guru novis supaya guru novis lebih mahir dalam
pelaksanaan STEM.

