Page 34 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 34
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 27
SIKAP, PENGETAHUAN DAN APLIKASI SCIENCE, TECHNOLOGY,
ENGINEERING AND MATHEMATICS (STEM) DALAM KALANGAN GURU SAINS
SEKOLAH RENDAH DI DAERAH TUARAN
1 Ronald Yusri Batahong, PhD (ronalddo77@gmail.com),
1 Tan Seok Kiang (tsk@ipkent.edu.my),
1 Santana Rajan Perumale (srp@ipkent.edu.my)
1 Awang Nazrul Ag. Masri (awangnazrul1980@gmail.com)
1 Fitri Shahwaliah Su’ut (i12cudmeow@gmail.com)
2 Ernayati Eddie (ernappdt@gmail.com)
1 Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Sabah
2 Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, Sabah
Abstrak
Objektif utama kajian adalah mengenal pasti pengaruh sikap dan pengetahuan guru
Sains terhadap aplikasi Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM)
di sekolah rendah di daerah Tuaran. Kajian dilaksanakan menggunakan pendekatan
kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Kajian dijalankan menggunakan soal
selidik Assessing Teacher’s Attitude, Knowledge, and Application (AKA) on STEM.
Data yang diperolehi dianalisis menggunakan IBM SPSS Statistics 20. Kajian
mendapati bahawa sikap, pengetahuan dan aplikasi guru Sains terhadap STEM
adalah di tahap sederhana dengan min skor 3.943, 3.197 dan 3.141 masing-masing.
Ujian korelasi pula mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan (kuat dan
positif) antara sikap terhadap STEM dan aplikasi STEM (rs = 0.583, p < 0.05), serta
terdapat hubungan yang signifikan (kuat dan positif) antara pengetahuan terhadap
STEM dan aplikasi STEM (rs = 0.613, p < 0.05). Manakala, ujian regrasi mendapati
pengetahuan terhadap STEM merupakan peramal baik kepada aplikasi STEM dalam
kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
Kata kunci: Sikap, Pengetahuan, aplikasi STEM
Abstract
The main objective of this research is to identify the influence of Science teachers’
attitude and knowledge toward STEM application in primary schools in the district of
Tuaran. The study was conducted in quantitative approach with survey design. This
study used the Assessing Teacher’s Attitude, Knowledge, and Application (AKA) on
STEM questionnaire. The obtained data was analyzed using IBM SPSS Statistics 20.
It was found that Science teachers’ attitude, knowledge, and application toward STEM
are in moderate level with score mean 3.943, 3.197 and 3.141 respectively.
Correlation test revealed that there is a significant relationship (strong and positive)

