Page 35 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 35
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 28
between attitude towards STEM and STEM application (rs = 0.583, p < 0.05). And
there is a significant relationship (strong and positive) between knowledge towards
STEM and STEM application (rs = 0.613, p < 0.05). On the other hand, regression
test obtained that knowledge towards STEM is a good predictor to STEM application
among the primary school Science teachers in the district of Tuaran.
Keywords: Attitude, Knowledge, STEM application
PENDAHULUAN
STEM ialah akronim bagi Science, Technology, Engineering and Mathematics.
Namun, dalam pendidikan STEM keempat-empat elemen ini tidak dipisahkan,
malahan telah diintergrasikan untuk membentuk satu pendekatan pengajaran yang
berasaskan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Pendididikan STEM
merupakan satu idea pengintergrasian kurikulum. Idea ini lahir melalui kesedaran
bahawa penyelesaian kepada masalah kehidupan harian manusia tidak dapat diajar
di sekolah secara terpisah-pisah (Pau dan Siti Mistima, 2018). Ini kerana,
penyelesaian yang baik, menuntut kepada penggabungan elemen Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik. Di negara kita, pendidikan STEM adalah integrasi dan
aplikasi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam konteks dunia sebenar.
Dengan pendekatan ini, amat diyakini dapat menarik minat murid melalui aktiviti
pembelajaran yang mencabar, menyeronokkan dan bermakna (KPM, 2016).
Aplikasi STEM dalam pendidikan dipengaruhi oleh sikap dan pengetahuan
guru terhadap STEM. Sikap adalah perasaan neutral, positif atau negatif terhadap
sesuatu perkara, objek atau tingkah laku. Sikap boleh berbeza-beza dari segi hala tuju
dan kekuatan perasaan samada dari sangat menyukai kepada yang sangat tidak
menyukai (Pryor, Pryor dan Kang, 2015; Maio dan Haddock, 2014). Pengetahuan
pula adalah maklumat atau data yang dimiliki oleh seseorang sehingga ia dapat
menggunakan dan menzahirkan dengan pelbagai cara (Faizuniah dan Aizzat, 2013).
Pengetahuan ini boleh diperoleh melalui pengalaman atau pemikiran yang rasional
(Biggam, 2001). Manakala aplikasi mempunyai persamaan dengan perkataan amalan
dan perlaksanaan yang membawa maksud penzahiran atau mempersembahkan
sesuatu aktiviti. Aplikasi adalah penggunaan sesuatu peraturan atau hukum kepada
sesuatu kes, atau tindakan mengaplikasikan sesuatu (Wahono dan Chang, 2019a).
Dalam konteks pendidikan STEM, Wahono dan Chang (2019a) menjelaskan
sikap sebagai berkaitan kepada persoalan adakah guru Sains setuju atau tidak setuju
dengan pelaksanaan STEM (dalam bilik darjah), rasa ingin tahu guru terhadap STEM
dan apakah pemikiran dan perasaan guru terhadap STEM. Pengetahuan STEM pula
merujuk kepada semua maklumat yang dimiliki oleh guru Sains berkaitan Pendidikan
STEM termasuklah sejauh manakah pemahaman terhadap istilah STEM dan
pembelajaran STEM. Manakala aplikasi STEM adalah sejauh mana pengetahuan

