Page 36 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 36
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 29
tentang STEM dapat diaplikasikan dalam pengajaran di bilik darjah dan
pengintegrasian antara disiplin.
PENYATAAN MASALAH
Pendidikan STEM adalah antara agenda yang diberikan penekanan dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kejayaan pendidikan
STEM negara boleh dlihat melalui pencapaian dasar 60% Sains dan 40% Sastera di
sekolah menengah yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1967 dan
mula dilaksanakan pada 1970. Walau bagaimanapun, dasar ini belum dicapai
sehingga kini (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Senario yang sama turut
berlaku di daerah Tuaran di mana bilangan pelajar yang mengambil bidang berkaitan
STEM di peringkat sekolah menengah belum mencapai 60%. Dengan kata lain,
pendidikan STEM di daerah masih perlu ditingkatkan. Keberhasilan pendidikan STEM
yang bermula di peringkat sekolah rendah amat dipengaruhi oleh guru dan melibatkan
tiga elemen iaitu sikap terhadap STEM, pengetahuan terhadap STEM dan aplikasi
STEM dalam pengajaran Sains di bilik darjah. Sehingga kini, terdapat ketidapastian
tentang sikap terhadap STEM, pengetahuan terhadap STEM dan aplikasi STEM guru
Sains sekolah rendah di daerah ini, kerana kurangnya kajian berkaitan dilakukan.
Oleh demikian kajian seumpama difikirkan harus dilakukan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh sikap dan
pengetahuan guru terhadap aplikasi STEM di sekolah-sekolah rendah di daerah
Tuaran. Oleh demikian, objektif kajian ini adalah:
1. Mengenal pasti tahap sikap terhadap STEM guru Sains sekolah rendah di
daerah Tuaran.
2. Mengenal pasti tahap pengetahuan terhadap STEM guru Sains sekolah rendah
di daerah Tuaran.
3. Mengenal pasti tahap aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah
rendah di daerah Tuaran
4. Mengenal pasti korelasi antara sikap terhadap STEM dan aplikasi STEM dalam
kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
5. Mengenal pasti korelasi antara pengetahuan terhadap STEM dan aplikasi
STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
6. Mengenal pasti pengaruh sikap dan pengetahuan terhadap STEM kepada
aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.

