Page 37 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 37
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 30
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Apakah tahap sikap terhadap STEM guru Sains sekolah rendah di daerah
Tuaran?
2. Apakah tahap pengetahuan terhadap STEM guru Sains sekolah rendah di
daerah Tuaran?
3. Apakah tahap aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di
daerah Tuaran
4. Adakah terdapat korelasi antara sikap terhadap STEM dan aplikasi STEM guru
Sains sekolah rendah di daerah Tuaran?
5. Adakah terdapat korelasi antara pengetahuan terhadap STEM dan aplikasi
STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran?
6. Bagaimanakah sikap dan pengetahuan terhadap STEM mempengaruhi
aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran?
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap terhadap STEM dan
aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan pengetahuan terhadap STEM dan
aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
Ho3: Sikap terhadap STEM dan pengetahuan terhadap STEM tidak mempengaruhi
aplikasi STEM dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran.
KEPENTINGAN KAJIAN
Impak dalam pendidikan, penemuan tahap sikap dan pengetahuan terhadap STEM
dalam kalangan guru Sains sekolah rendah di daerah Tuaran dapat digunakan oleh
pihak Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran, IPGK Kent dan amnya Jabatan Pendidikan
Negeri Sabah untuk merancang dan melaksana kursus dalam perkhidmatan sesuai
dengan tahap sikap dan pengetahuan mereka. Model pengaruh sikap dan
pengetahuan terhadap STEM kepada aplikasi STEM dalam kalangan guru pula dapat
digunakan untuk menentukan aspek (sama ada sikap atau pengetahuan guru) yang
perlu diberi perhatian yang lebih untuk meningkatkan tahap aplikasi STEM di daerah
ini.
Impak kepada masyarakat, hasil kajian ini dapat diaplikasikan untuk
meningkatkan pembudayaan dan aplikasi STEM di dalam sistem pendidikan bermula
di peringkat sekolah rendah lagi di daerah ini. Hal ini memungkinkan pertambahan
peratusan murid yang mengambil aliran Sains di peringkat sekolah menengah kerana
minat murid terhadap STEM telah dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah.
Murid-murid dalam aliran Sains ini seterusnya akan mengambil kursus di peringkat

