Page 38 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 38

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 31


               tinggi dalam aliran STEM dan seterusnya menghasilkan masyarakat yang berupaya
               mengintegrasikan  Sains,  Teknologi,  Kejuruteraan  dan  Matematik  secara  integratif,
               kreatif dan inovatif dalam kehidupan seharian.


               METODOLOGI

               Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan
               reka bentuk kajian tinjauan (Fraenkel dan Wallen, 2010; Mertler dan Charles, 2005;
               Sowell, 2001; Cohen, Manion dan Morrison, 2011); Chua, 2008; 2011; 2012). Kajian
               ini  telah  menggunakan  soal  selidik  Assessing  Teacher’s  Attitude,  Knowledge,  and
               Application (AKA) on STEM (Wahono dan Chang, 2019a; 2019b). Soal selidik ini telah
               diterjemah secara back to back ke Bahasa Melayu supaya sesuai digunakan oleh para
               responden di daerah Tuaran, Sabah. Soal selidik ini terdiri daripada tiga aspek utama
               iaitu sikap terhadap STEM, pengetahuan terhadap STEM dan aplikasi STEM.  Aspek
               aplikasi STEM dalam pengajaran Sains dibahagi kepada tujuh subaspek iaitu aplikasi
               Sains dan Teknologi, aplikasi Sains dan Kejuruteraan, aplikasi Sains dan Matematik,
               aplikasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan, aplikasi Sains, Teknologi dan Matematik,
               aplikasi  Sains,  Kejuruteraan  dan  Matematik  dan  aplikasi  Sains,  Teknologi,
               Kejuruteraan dan Matematik. Soal selidik ini mempunyai 30 item dan menggunakan
               lima skala Likert.

                       Soal selidik ini mempunyai rekod ujian kesahan dan kebolehpercayaan yang
               baik.  Wahono  dan  Chang  (2019b)  telah  melaksanakan  kesahan  kandungan  dan
               kesahan muka (face validity) serta melakukan ujian kebolehpercayaan dengan nilai
               alfa  Cronbach  antara  0.684  hingga  0.908  bagi  semua  aspek  dan  subaspek  soal
               selidik. Populasi kajian ialah seramai 105 yang terdiri daripada kalangan guru Sains
               yang mengajar di 75 buah sekolah rendah di daerah Tuaran. Jumlah responden kajian
               ialah 93 iaitu bersesuaian dengan jadual persampelan Krejcie dan Morgan (1970).
               Kajian ini telah ditadbir secara online dengan menggunakan aplikasi googleform dan
               data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.
               Setelah data diperolehi, sekali lagi ujian kebolehpercayaan soal selidik (yang telah
               dialih  bahasa  ke  Bahasa  Melayu)  dikira  dan  didapati  bahawa  nilai  alfa  Cronbach
               adalah  antara  0.761  hingga  0.956  bagi  semua  aspek  dan  subaspek  seperti  yang
               dipaparkan  dalam  Jadual  1.  Ini  menunjukkan  bahawa  soal  selidik  ini  mempunyai
               konsistensi dalaman yang baik dan soal selidik mempunyai kebolehpercayaan yang
               baik.  Analisis  secara  deskriptif  telah  dilakukan  untuk  mengenal  pasti  tahap
               pembolehubah  sikap,  pengetahuan  guru  dan  aplikasi  STEM  di  sekolah  rendah.
               Sementara itu, ujian korelasi telah dijalankan untuk menguji korelasi antara sikap dan
               pengetahuan  terhadap  STEM  dan  aplikasi  STEM,  manakala  analisis  regrasi  telah
               dijalankan  untuk  melihat  pengaruh  pembolehubah  sikap  dan  pengetahuan  guru
               terhadap pelaksanaan STEM di sekolah rendah di daerah Tuaran.
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43