Page 57 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 57

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 50


               Teknik Jigsaw

               Melalui  hasil  dapatan  kaedah  temu  bual  berstruktur,  Guru  Sejarah  menggunakan
               teknik jigsaw untuk memudahkan pemahaman murid. Murid tidak bosan semasa PdPc
               yang  mempelajari  masyarakat  Jahiliah.  Teknik  ini  juga  memupuk  suasana
               pembelajaran yang aktif dan murid bertanggungjawab dalam menuntut ilmu. Terdapat
               dua  jenis  jigsaw  yang  boleh  digunakan.  Dalam  pelaksanaan  jigsaw  II  amat
               mementingkan matlamat berkumpulan untuk mencapai objektif. Jadi, semua ahli perlu
               ada matlamat yang sama. Setiap pelajar mempunyai peluang dan ruang yang sama
               untuk mencapai matlamat berkumpulan. Pelajar akan menjadi pakar dalam sesuatu
               sub unit dan menerangkan kepada rakan-rakan. Melalui aktiviti perbincangan dalam
               kumpulan, murid mudah faham dan membantu ingatan jangka panjang.

               Round Table

               Melalui hasil dapatan kaedah temu bual berstruktur, struktur pembelajaran koperatif
               juga dilaksanakan iaitu Round Table. Struktur koperatif ini dilakukan seperti struktur
               Rally  Table  tetapi  dilaksanakan  dalam  kumpulan  berempat.    Murid  duduk  dalam
               kumpulan.  Guru  mengemukakan  satu  topik  iaitu  mendeklamasikan  sajak  secara
               bergilir-gilir. Murid mencatatkan satu idea. Murid menggunakan pen dan kertas yang
               sama dan hasil dapatan perbincangan dirujuk atau dibentangkan. Contohnya, Perang
               Dunia.

               Peta I- Think

               Murid  menggunakan  Peta  i-Think  sebagai  alat  untuk  menjana  idea  secara
               berkumpulan.  Contohnya  dalam  tajuk  peristiwa  penentangan  pemimpin  tempatan
               sebelum Perang Dunia Kedua.  Pelajar membentangkan isi menggunakan peta Tanah
               Melayu,  Sabah  dan  Sarawak.    Isi  dipersembahkan  dalam  bentuk  i-think  mengikut
               kesesuaian iaitu peta buih dan peta alir menggunakan slide power point.  Contohnya,
               Tamadun.
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62