Page 62 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 62
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 55
GPMP SPM Sejarah Tahun 2017 dan Tahun 2018
4.5 4.11
4
3.34
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0
2017 2018
GPMP
Rajah 2 : Peningkatan GPMP Sejarah SPM Tahun 2017 dan Tahun 2018
PERBINCANGAN
Melalui dapatan kajian ini, sekolah ini telah berjaya melaksanakan kelas PA21 yang
diwujudkan dalam keadaan yang selamat dan menyeronokkan. Ini dapat dilihat
melalui dapatan pemerhatian kelas dengan adanya cara susunan meja kerusi dalam
bentuk PA21, melalui sudut hasil kerja murid, Kriteria Kejayaan dan melalui sudut
Parking Lot. Selain itu, melalui dapatan temu bual berstruktur pula guru telah
mengaplikasikan aktiviti PA21 dilaksanakan dalam PdPc dalam mata pelajaran
Sejarah seperti Pembelajaran kolaborasi, pembelajaran berasaskan projek, teknik
Jigsaw, Round Table, peta I -Think dan Permainan Bingo. Aktiviti PA21 tersebut lebih
kerap dilaksanakan semasa PdPc dalam mata pelajaran Sejarah. Panitia Sejarah
sekolah ini telah menggunakan format RPH Program TS25 iaitu 6P seperti perancang,
pembimbing, pengawal, pendorong, penilai dan pembelajar aktif dalam SKPMg2.
Dengan itu, sekolah ini telah dapat meningkatkan keputusan Gred Purata Mata
Pelajaran (GPMP) dan juga peratusan Sejarah Tingkatan 5 dalam Peperiksaan SPM
dari tahun 2017 dan tahun 2018. Keberkesanan PdPc dengan aktiviti PA21 dapat
dilihat dengan peningkatan peratusan keputusan SPM dari tahun 2017 hingga tahun
2018 sebanyak 7.28% manakala GPMP Sejarah juga menurun sebanyak 0.77
daripada 9.00. GPMP yang mendapat nombor yang semakin kecil adalah semakin
yang baik untuk SPM. Jadi, masalah pelajar kurang berminat dan kurang keyakinan
terhadap mata pelajaran Sejarah dapat diatasi melalui situasi dan aktiviti PA21.

