Page 58 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 58
J u r n a l P e n y e l i d i k a n A k a d e m i k I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 51
Pembelajaran Kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif merupakan pendekatan yang mementingkan kerjasama dan
menghendaki pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. Pendekatan ini
boleh dilaksanakan oleh guru dengan memberi tugasan kepada pelajar dalam
kumpulan yang telah dikenal pasti. Pelajar boleh bertukar pendapat atau idea semasa
dalam aktiviti PdPc secara berkumpulan. Semua ahli kumpulan perlu menyumbang
pengetahuan, pendapat, kemahiran dan menyelesaikan masalah secara bersama-
sama. Guru bertindak sebagai pengawal pelaksanaan PdPc untuk memastikan
kelancaran proses pembelajaran mengikut perancangan. Contohnya, murid diberikan
tajuk-tajuk tertentu untuk membuat tugasan secara berkumpulan dan bekerjasama
antara satu sama lain. Tajuk diberi berdasarkan tajuk yang ada dalam buku teks
seperti tajuk tamadun iaitu Tamadun Mesopotamia, Tamadun Indus, Tamadun Mesir
Purba dan Tamadun Huang He. Selepas itu, pelajar berjalan dan bergerak ke
sekeliling bilik untuk melihat, berfikir dan berbincang dengan rakan-rakan sekumpulan
hasil kerja rakan-rakan yang ditampal pada dinding melalui Gallery Walk seperti dalam
gambar yang berikut:
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran berasaskan projek merupakan satu model aktiviti bilik darjah yang
berbeza dari kebiasaan. Pendekatan aktiviti pembelajaran ini mempunyai jangka
masa yang panjang, mengintegrasikan pelbagai disiplin ilmu, berpusatkan murid dan
menghubungkaitkan pengalaman kehidupan sebenar. Projek ditakrifkan sebagai
tugasan, pembinaan atau siasatan yang teratur yang menjurus kepada matlamat yang
spesifik. Dalam kurikulum Sejarah, pelajar beroleh pengetahuan dan kemahiran
semasa proses menyediakan sesuatu projek. Mereka juga boleh meneroka atau
membuat kajian terhadap projek melalui pelbagai sumber maklumat yang relevan.
Guru berperanan sebagai penilai untuk mengesan tahap penguasaan murid yang
dinyatakan dalam SKPMg2. Contohnya, Tamadun Rom dan batu bersurat.

