Page 63 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 63

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 56


               KESIMPULAN

               Pengajaran dan pembelajaran seharusnya berupaya membina pelajar yang mampu
               berfikir berasaskan ilmu pengetahuan dan mampu menyatukan ilmu tersebut dengan
               pengalaman. Selain itu, dapatan kajian ini dapat membantu guru memberikan kaedah
               dan  teknik  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  lebih  kreatif  dan  inovatif  serta
               bercirikan kemahiran-kemahiran abad ke-21 kepada pelajar. Penekanan juga harus
               diberikan  terhadap  pelaksanaan  serta  pendekatan  pengajaran  guru  sama  ada  di
               dalam atau di luar kelas bagi memastikan pelajar mempunyai sikap dan persepsi yang
               positif terhadap mata pelajaran Sejarah. Pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran
               perlu  diaplikasikan  bagi  memastikan  para  pelajar  berminat  dan  bermotivasi  untuk
               mempelajari mata pelajaran Sejarah dan sekaligus akan turut membentuk kemahiran
               abad  ke-21  pelajar.  Oleh  itu,  pengajaran  dan  pembelajaran  perlu  dilaksanakan  di
               sekolah dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang lebih berpusatkan kepada pelajar
               agar  pelajar  dapat  meningkatkan  kemahiran  tersebut  dan  seterusnya  dapat
               menghadapi persaingan dalam dunia yang semakin mencabar. Guru dapat mencapai
               kehendak  dalam  standard  4  SKPMg2  dan  juga  persediaan  untuk  menghadapi
               Program TS25 kohot 5 mulai Tahun 2020.


               Rujukan

               Azizah  Hamzah.  (2010).  “Kaedah  Kualitatif  dalam  Penyelidikan  Sosiobudaya”  in
                       Jurnal Pengajian Media Malaysia, 6 (1).

               Chua  Yan  Piaw.  (2006).  Buku  2:  Asas  Statistik  Penyelidikan  Tindakan.  Kuala
                       Lumpur: Mc Graw Hill Education (Asia).

               Jasmi, K.A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kuantitatif,
                       Johor: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim.

               Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Panitia Sejarah Sekolah Rendah dan Sekolah
                       Menengah, (2019). Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.

               Rosinah Edinin. (2011). Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur:
                      Freemind Horizon Sdn Bhd.

               Shaiful  Bahari  Sulaiman  dan  Hasnul  Faizal  Hushin  (2008).  Kajian  Tindakan
                      Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

               https://www.academia.edu/9034616/PENGURUSAN_BILIK_DARJAH_SATU_
                      KAJIAN_LITERATUR_RINGKAS
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68