Page 60 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 60

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   A k a d e m i k   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 53


                   ➢  Guru mengurus dan menentukan pembahagian tugasan setiap ahli kumpulan.
                       Murid diberi tugas dalam kumpulan dan memainkan peranan sebagai pencatat,
                       pembentang dan ketua kumpulan.
                   ➢  Guru meningkatkan interaksi sosial dan komunikasi ahli kumpulan. Murid-murid
                       digalakkan  berbincang  semasa  membuat  tugasan  sebelum  hasil  kerja
                       dibentangkan.
                   ➢  Guru  menggalakkan  budaya  inovatif  dalam  pencetusan  idea  iaitu  murid
                       digalakkan memberi komen kepada rakan dalam kumpulan lain.
                   ➢  Guru  dapat  melibatkan  pelajar  bertindak  sebagai  pembelajar  aktif  untuk
                       menguasai  pengetahuan  dan  kemahiran  serta  mengamalkan  nilai  positif
                       melalui kaedah koperatif yang dirancangkan dalam RPH.


               Soalan 3:      Adakah aktiviti PA21 dapat meningkatkan keputusan Gred Purata
               Mata Pelajaran (GPMP) Sejarah Tingkatan 5 dalam Peperiksaan SPM?

               Pengumpulan  data  kuantitatif  dilaksanakan  di  tempat  kajian  iaitu  GPMP  Sejarah
               Tingkatan  5  dalam  peperiksaan  SPM  Tahun  2017  dan  Tahun  2018  yang  dikutip
               sebagai data untuk kajian ini. Berikut merupakan rumusan dapatan data kuantitatif
               bagi kedua-dua tahun untuk sekolah ini.

               Jadual 1: Data SPM Sejarah Tahun 2017 dan Tahun 2018

                Bilangan Calon SPM           Skor Min         Skor Min       Peningkatan      Catatan
                                            Tahun 2017      Tahun 2018         Skor min
                                                 (a)             (b)            (b) – (a)
                Tahun 2017
                (n = 273)                     91.58%          98.86 %           + 7.28%
                Tahun 2018
                 (n = 264)


               Berdasarkan Jadual 1 di atas menunjukkan bahawa peningkatan skor min sebanyak
               7.28%.  Peningkatan  pencapaian  skor  SPM  Sejarah  tahun  2017  dan  tahun  2018
               setelah  pengaplikasian  aktiviti  PA21  di  sekolah  ini.  Peningkatan  ini  adalah  usaha
               murid  dalam  aktiviti  pembelajaran  aktif  dengan  aktiviti  PA21  yang  dirancang,
               dibimbing,  didorong,  dinilai  oleh  semua  guru  sejarah  sekolah  ini.  Dapatan  data
               kuantitatif ini juga dipaparkan dalam bentuk carta bar pada Rajah 1 di bawah.
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65