Page 11 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 11

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 4




                       Kursus  Penyelidikan  Pendidikan  perlu  diambil  oleh  siswa  guru  yang  mengikuti
               pengajian di IPG kerana penyelidikan merupakan satu prosedur yang sistematik, saintifik,
               kritikal dan dinamik yang boleh digunakan oleh manusia untuk mencari makna, jawapan
               dan  kebenaran  terhadap  sesuatu  fenomena  yang  berlaku  dalam  dunia.  Selain  itu
               penyelidikan juga merupakan satu proses sistematik yang membabitkan pengumpulan
               dan penganalisisan maklumat untuk menerang dan memahami sesuatu topik, masalah
               atau  isu  (Ruhizan  &  Maizam,  2010).  Penyelidikan  dijalankan  bertujuan  untuk
               mendapatkan maklumat dan fakta agar dapat membuat generalisasi kepada sesuatu isu
               atau fenomena (Rosinah, 2011).

                       Ciri-ciri  umum  penyelidikan  merangkumi  metodologi  yang  sistematik  dan
               berdisiplin, komitmen terhadap penerbitan hasil daripada penemuan dan ulasan pakar
               yang setanding. Unsur penerbitan penyelidikan juga berbeza mengikut disiplin dan boleh
               meliputi  penerbitan  hasil  di  dalam  jurnal  atau  monograf  atau  buku  ke  persembahan
               komposisi kreatif.


               PENYATAAN MASALAH

               Penyelidikan merupakan satu daripada proses mendapatkan ilmu dan pengetahuan. llmu
               dan pengetahuan yang diperoleh daripada penyelidik dinamakan sebagai pengetahuan
               penyelidikan  saintifik  atau  penyelidikan.  Terdapat  pelbagai  sebab-sebab  guru
               menjauhkan  diri  daripada  penyelidikan  antaranya  adalah  kurang  persediaan  untuk
               membaca dan mentafsir dapatan penyelidikan, mempunyai miskonsepsi bahawa tujuan
               penyelidikan adalah untuk mencari kelemahan guru, guru berpendapat bahawa dapatan
               penyelidikan  adalah  tidak  relevan  dengan  dunia  pengajaran  sebenar,  dan  guru
               merasakan  aktiviti  penyelidikan  tiada  kaitan  dengan  aktiviti  pengajaran  (Bhasah  &
               Yuslina, 2013).

                       Penyelidikan  merupakan  satu  aktiviti  yang  penting  bagi  meningkatkan
               pengetahuan  dan  kemahiran  para  siswa  guru  yang  bakal  bergraduat.  Kursus
               Penyelidikan dalam Pendidikan yang ditawarkan di IPG memberi lebih ruang dan peluang
               kepada siswa guru untuk memilih kaedah penyelidikan yang sesuai untuk dijalankan di
               dalam bilik darjah. Kursus ini juga menyediakan graduan IPG yang lebih kompeten dalam
               penyelidikan  khususnya  untuk  ke  peringkat  pasca  siswazah.  Seterusnya,  dapat
               mengurangkan  isu  ketidakpatuhan  etika  penyelidikan  dalam  kalangan  siswa  guru
               semasa menjalankan penyelidikan.

                       Moore  (1990)  dan  Seago  (1992)  menyarankan  bahawa  penekanan  terhadap
               penyelidikan sangat penting dan perlu diberikan kepada semua pelajar di peringkat ijazah
               sarjana muda.  Kajian mereka  juga mendapati  sekiranya pelajar siswazah  dasar tidak
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16