Page 14 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 14

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 7




               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian  ini  menggunakan  pendekatan  kuantitatif  sebagai  cara  mengumpul  data  utama
               melalui kaedah kajian tinjauan. Satu set instrumen kajian telah diedarkan kepada siswa
               guru  semester  8  di  IPG  Kampus  Ilmu  Khas  yang  sedang  mengikuti  Program    Ijazah
               Sarjana  Muda  Pendidikan  (PISMP)  Ambilan  Jun  2016  dan  telah  mengambil  kursus
               Penyelidikan  Asas  Pendidikan  semasa  di  semester  6  dan  kursus  Penyelidikan
               Pendidikan  di  semester  8.  Instrumen  tersebut  meliputi  sembilan  aspek  seperti  yang
               berikut:

               Bahagian A  :   Demografi Responden
               Bahagian B  :   Proses Penyelidikan Dalam Pendidikan
               Bahagian C  :   Tinjauan Literatur
               Bahagian D  :   Metodologi Penyelidikan
               Bahagian E  :   Tatacara Penganalisisan Data
               Bahagian F  :   Penulisan Laporan Penyelidikan
               Bahagian G  :   Pembentangan Laporan Penyeldikan
               Bahagian H  :   Maklumbalas Penyelia
               Bahagian I  :   Soalan Respon Terbuka

                       Setiap  item  dijawab  berdasarkan  Skala  Likert  dengan  1.  Sangat  rendah;  2.
               Rendah;  3.  Sederhana;  4.  Tinggi;  dan  5.  Sangat  tinggi.  Soalan  respon  terbuka
               berkenaan bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama dan bantuan segera yang
               diperlukan oleh siswa guru berkenaan.

                       Sebelum  menjalankan  kajian,  instrumen  yang  dibina  telah  diuji  kesahan  dan
               kebolehpercayaan  setiap  item  yang  diuji.  Bagi  tujuan  kesahan,  pengkaji  telah
               menjalankan kesahan kandungan dengan merujuk instrumen tersebut kepada 2 orang
               pakar iaitu seorang Penolong Ketua Jabatan dan seorang Ketua Unit yang juga terlibat
               dalam pengajaran kursus Penyelidikan Pendidikan di IPG Kampus Ilmu Khas. Teguran
               dan pandangan daripada 2 orang pakar ini telah diambil kira dalam pemurnian dari segi
               penggunaan bahasa, kejelasan maksud dan isi kandungan setiap item yang dibina.

                       Instrumen yang telah diuji kesahannya itu diuji pula kepada 10 orang siswa guru
               yang tidak terlibat dalam kajian ini untuk menguji kebolehpercayaan item yang dibina.
               Setelah  diuji,  pengkaji  mendapati  bahawa  reabiliti  instrumen  adalah  0.974  yang
               melibatkan 52 item. Oleh yang demikian, item yang dibina boleh digunakan untuk tujuan
               kajian dan dapat mengukur setiap konstruk yang terdapat dalam kajian ini.
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19