Page 12 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 12
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 5
menguasai kemahiran asas penyelidikan maka mereka akan menghadapi masalah
dalam kemahiran menjalankan penyelidikan, menyelesaikan masalah, pengumpulan
data empirikal atau pemerhatian, analisis data serta berkongsi penemuan kajian mereka
dengan pihak yang berkepentingan. Kemahiran menjalankan penyelidikan dapat
menggalakkan siswa guru mencari maklumat dan ilmu baharu sendiri (Subahan Mohd
Meerah & Nurazidawati, 2010). Seterusnya aktiviti ini dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran yang penting sebagai asas kepada pembelajaran sepanjang hayat seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan.
TINJAUAN LITERATUR
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang sangat kuat
antara tahap kefahaman siswa guru dalam menjalankan kajian Penyelidikan Tindakan di
IPG dengan kesediaan mereka untuk menjalankan sendiri Penyelidikan Tindakan di
sekolah. Hubungan menunjukkan apabila siswa guru telah faham tentang pelaksanaan
penyelidikan tindakan, maka mereka lebih bersedia untuk menjalankan penyelidikan
tindakan di sekolah (Hilezan, Manisah & Wan Noor Adzmin, 2017).
Seterusnya didapati juga bahawa kajian yang mengaplikasikan penyelidikan
tindakan dapat membantu penyelidik menambah baik atau memahami amalan kendiri.
Secara langsung ini amat membantu penyelidik selaku guru dalam memahami amalan
pembelajaran murid dengan mendalam, meningkatkan pembelajaran murid serta
merapatkan hubungan dalam kalangan guru dan ibu bapa yang terbabit (Chin, 2015).
Menurut Ananda Kumar Palaniappan (2009), kemahiran asas penyelidikan
merupakan satu keperluan utama dalam perkembangan ilmu seseorang guru dan
merupakan satu proses dalam menangani masalah dan cabaran yang sering timbul
dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlu
memperoleh kemahiran dan menjalankan penyelidikan bukan sahaja untuk mendapatkan
segulung ijazah tetapi perlu menghayati dan mempraktikan teori yang telah dipelajari
dalam kehidupan dan profesion mereka sebagai guru kelak.
Dalam konteks kemahiran asas penyelidikan, teori dan metodologi adalah dua
aspek yang saling berkaitan. Teori menghuraikan bagaimana sesuatu fenomena itu
terjadi, metodologi pula adalah jalan untuk menerokai fenomena yang berlaku. Walau
bagaimanapun, ia mestilah dipandu oleh kewajaran teori dan metodologi yang relevan
agar sesuatu fenomena itu boleh dihuraikan dengan lebih objektif (Mohd Awang, Mohd
Sobhi, Azanin dan Aszunarni, 2019). Namun, selain daripada teori dan metodologi yang
relevan, pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam penyelesaian masalah,
pengumpulan data empirikal atau secara pemerhatian dan seterusnya dapat

