Page 13 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 13

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 6




               merumuskan  dapatan  kajian  dan  dikongsikan  kepada  pihak  yang  berkepentingan
               (Subahan Mohd Meera dan Nurazidawati, 2010).


               OBJEKTIF KAJIAN

               Secara  umumnya  kajian  ini  bertujuan  untuk  meninjau  tahap  kemahiran  pelaksanaan
               penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur yang
               meliputi  lima  (7)  aspek  iaitu  proses  penyelidikan,  tinjauan  literatur,  metodologi
               penyelidikan,  penganalisisan  data,  penulisan  laporan  penyelidikan,  pembentangan
               laporan penyelidikan dan maklum balas penyelia. Objektif khusus adalah untuk;

                       1.     meninjau kemahiran melaksanakan penyelidikan pendidikan meliputi aspek
                              proses  penyelidikan,      tinjauan    literatur,   metadologi  penyelidikan,
                              penganalisisan data, dan penulisan laporan penyelidikan dalam kalangan
                              siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

                       2.     meninjau perspektif terhadap proses pembentangan laporan penyelidikan
                              dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

                       3.     meninjau perspektif terhadap maklum balas penyelia penyelidikan dalam
                              kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas;

                       4.     mengenalpasti  masalah  utama  dan  bantuan  yang  diperlukan  oleh  siswa
                              guru  IPG  Kampus  Ilmu  Khas  dalam  melaksanakan  penyelidikan
                              pendidikan.


               PERSOALAN KAJIAN

                       1.     Apakah  tahap  kemahiran  melaksanakan  proses  penyelidikan,  tinjauan
                              literatur,  metadologi  penyelidikan,  penganalisisan  data,  dan  penulisan
                              laporan penyelidikan dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

                       2.     Apakah  perspektif  terhadap  proses  pembentangan  laporan  penyelidikan
                              dalam kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

                       3.     Apakah  perspektif  terhadap  maklum  balas  penyelia  penyelidikan  dalam
                              kalangan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas?

                       4.     Apakah masalah utama dan bantuan yang diperlukan oleh siswa guru IPG
                              Kampus Ilmu Khas dalam melaksanakan penyelidikan pendidikan?
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18