Page 110 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 110
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 103
Norziah Othman (2017), sifat kendiri pelajar memainkan peranan yang penting dalam
keberkesanan penggunaan e-Pembelajaran (e-Learning). Kajian ini juga mencadangkan
supaya pelajar mempraktikkan pembelajaran menggunakan e-Pembelajaran (e-
Learning) di dalam penyampaian pembelajaran supaya penggunaan e-Pembelajaran (e-
Learning) yang berkesan. Secara langsung dapat melahirkan pelajar yang lebih celik
dalam teknologi dan membentuk pelajar yang holistik dari semua perkara.
Berdasarkan statistik kesediaan pelajar terhadap pembelajaran menunjukkan
pernyataan kadar terendah adalah “Saya sanggup menghabiskan masa 8 hingga 10 jam
seminggu untuk talian pembelajaran dengan nilai min 3.62 (Sisihan Piawai = 1.714). Ini
jelas menunjukkan pelajar IPG Kampus Pendidikan Islam tidak bersedia untuk
berhadapan dengan situasi pembelajaran secara dalam talian dalam tempoh 8 hingga 10
jam. Hal ini mungkin disebabkan masalah talian, data terhad ataupun masalah
memberikan tumpuan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian dalam perkara ini
adalah pembelajaran secara dalam talian adalah perkara baharu. Lebih lagi pandemik
COVID-19 melanda dunia datang secara tiba-tiba. Pelajar tidak bersedia berhadapan
dengan norma baharu dalam pendidikan kerana sebelum ini pembelajaran dijalankan
secara konvensional. Kehadiran cybergogi dilihat sebagai satu beban baharu walaupun
kaedah ini amat menyeronokkan.
Sikap pelajar turut mempengaruhi pembelajaran dalam talian sama ada pelajar
dapat menyesuaikan diri atau tidak. Untuk melakukan pembelajaran dalam talian banyak
cabaran yang dihadapi oleh pelajar atau pensyarah itu sendiri. Antara cabaran ialah
kemudahan akses internet yang dikaitkan dengan lokasi tempat tinggal, sama ada bandar
atau luar bandar. Ini amat memberi kesan terhadap kesediaan pelajar. Pengetahuan
tentang teknologi oleh pelajar dan pensyarah sangat penting kerana ianya turut memberi
kesan terhadap reaksi pelajar terhadap pembelajaran. Tahap kesediaan pembelajaran
dalam talian pelajar di IPGKPI adalah sederhana. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa
tahap komitmen pensyarah turut tinggi. Kesediaan adalah prinsip pembelajaran dan
mempengaruhi pembelajaran (Horzum, Kaymak, & Gungoren, 2015).
Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan pelajar beranggapan pernyataan
“Menggunakan pembelajaran dalam talian menjadikan pembelajaran lebih menarik”
dengan min 4.25 (Sisihan Piawai = 1.558) adalah tidak diterima. Pelajar masih
menunjukan sikap tidak menerima pembelajaran dalam talian sebagai satu kaedah yang
menarik. Justeru, para pendidik perlu mevariasikan aktiviti serta memilih aplikasi yang
bersesuaian dengan isi kandungan, tahap pengetahuan dan kemampuan pelajar. Adalah
baik sekira pelajar boleh memberikan cadangan dalam usaha mengubah corak
pembelajaran dalam talian agar lebih menarik dari masa ke masa. Dalam situasi negara
berhadapan dengan pandemik Coronavirus, sangat wajar agar sektor pendidikan di
sekolah, malah institusi pengajian tinggi awam dan swasta turut memberi peluang kepada

