Page 111 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 111
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 104
pelajar untuk mencadangkan usaha melaksanakan PdP secara dalam talian kelas
dengan lebih menarik semasa pandemik.
Manakala dari aspek kemahiran berdasarkan statistik deskriptif menunjukkan
bahawa kemahiran pelajar di IPGKPI tidak mengalami masalah yang berkaitan dengan
pembelajaran dalam talian. Ini kerana kebanyakan mereka tidak menghadapi masalah
seperti ini kerana "kesediaan" pembelajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian
juga memerlukan rangkaian yang sangat kuat untuk kebolehan mengakses laman web
atau aplikasi. Sebilangan besar pelajar melakukan pembelajaran dalam talian di rumah
mereka yang merupakan kawasan luar bandar, yang mana kemudahan rangkaian yang
sederhana.
Kesimpulannya, salah satu kunci untuk menjayakan pembelajaran dalam talian
adalah interaksi dan komitmen. Dalam waktu yang sama pelajar dan pensyarah dapat
melibatkan diri secara aktif untuk membantu pelajar dalam kursus yang diceburi dan
sentiasa peka akan kehendak pelajarnya. Tambahan lagi kajian ini diperlukan untuk
memahami sepenuhnya persekitaran pembelajaran dalam talian dan membolehkan
penyampaian pembelajaran secara dalam talian dapat membantu meningkatkan
pencapaian akademik dan kemahiran generik dalam kalangan pelajar institusi pendidikan
guru.
Hasil kajian menunjukkan bahawa “sikap” memberikan sumbangan yang besar
terhadap kesediaan pelajar. Mereka yang tinggal di luar bandar terbukti mempunyai
kesediaan yang lebih rendah daripada mereka di bandar. Majoriti responden berada pada
tahap kesediaan sederhana. Penemuan ini akan memberi gambaran kepada IPGM dan
KPM untuk mempertimbangkan tindakan yang sesuai untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran pembelajaran di kampus, universiti dan sekolah tidak terganggu kerana
wabak COVID-19 atau sebarang kejadian yang tidak dijangka. Semua pihak termasuk
pensyarah, pelajar dan organisasi perlu memainkan peranan masing-masing untuk
memastikan aspek kesediaan pembelajaran dalam talian (online learning) dalam
kalangan pelajar dan pensyarah IPGKPI dapat dipertingkatkan dari masa ke masa.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, norma baharu perlu diterima agar semua pihak dapat memaksimakan
pengurusan kerja dan memenuhi keperluan pengguna/pelanggan. Dalam konteks
pendidikan, peranan teknologi maklumat dan komunikasi sangat mempengaruhi
kehidupan masa kini. Kaedah pembelajaran secara dalam talian menjadi pembelajaran
alternatif dengan menggunakan apa sahaja platform yang mudah diakses secara
percuma. Malah, perkembangan abad ke21 menuntut para pendidik dan pelajar untuk

