Page 115 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 115
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 108
of three dimension of main study’s focus was 3.44. Through t-test, the results show that
the were no difference between gender and location towards m-learning. thus, study
findings also showed that participants have no constraint to apply m-learning in teaching
and learning process through online course during MCO.
Keywords: m-learning, Movement Control Order (MCO), Online course
PENDAHULUAN
Matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan
peningkatan kualiti guru. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi
tanggungjawab penuh kepada Institut Pendidikan Guru (IPGM) untuk menghasilkan guru
pra perkhidmatan dan dalam perkhidmatan yang bersikap positif, berdaya tahan dan
prihatin serta peka terhadap murid. 27 buah cawangan kampus di seluruh negara sedang
memikul tanggungjawab besar ini. Pada masa yang sama, KPM telah meletakkan
keperluan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pendidikan sebagai
Anjakan 7 iaitu memanfaatkan TMK bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di dalam
kalangan pelajar di Malaysia. Menurut Mohd Zulhasnan Mat & Fadli Bacho (2019), proses
pendidikan kini bukan bertumpu di dalam bilik darjah semata-mata, tetapi ia boleh berlaku
di luar bilik darjah dan pada bila-bila masa sahaja. Pembelajaran mudah alih
(m-pembelajaran) telah diperkenalkan pada dekad ini. Di samping itu, Quinn (2002) telah
mendefinasikan m-pembelajaran sebagai pembelajaran menerusi alat mudah alih seperti
telefon bimbit, PDA, Palms dan sebagainya. Kefahaman dan daya ingatan pelajar dapat
dipertingkatkan melalui m-pembelajaran. (McCann, 2015). Justeru, pelajar-pelajar dapat
mengakses kepada kandungan yang lebih luas, menarik dan interaktif melalui peralatan
yang lengkap. Pada masa yang sama, pelajar juga dapat meningkat minat terhadap
pembelajaran.
PENYATAAN MASALAH
Di dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan mengalami transformasi yang
drastik dan tenaga pengajar bersedia untuk berubah. Kebanyakan universiti awam dan
universiti swasta telah mula menjalankan m-pembelajaran. Justeru, pensyarah-
pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan
m-pembelajaran melalui pelbagai platform seperti Google Classroom, Google Meet,
Schoology, Edmodo, Padlet dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pelaksanaan
m-pembelajaran secara menyeluruh belum mencapai tahap yang menyeluruh
terutamanya di kolej-kolej komuniti apatah lagi di sekolah-sekolah rendah dan menengah

