Page 114 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 114

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 107




                   PELAKSANAAN M-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH
                       RENDAH DI MALAYSIA SEMASA PERINTAH KAWAL PERGERAKAN

                                          1
                                             Seow Sieu Kian (sieukian@ipgm.edu.my)
                                          Wong Mai Sze (joycewongmaisze@gmail.com)
                                       1
                                   2 Chua Lay Nee, PHD (layneechua813@gmail.com)

                                             1
                                                IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat
                                             2 IPGK Raja Melewar, Seremban


                                                        ABSTRAK

               Kajian  ini  dijalankan  untuk  mengenalpasti  tahap  kepuasan  peserta  Kursus  Pemikiran
               Komputational dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun 2020 (Siri 2)
               yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah di Malaysia terhadap m-pembelajaran
               dalam tempoh Perintah Kawal Pergerakan (PKP). Sampel kajian terdiri daripada 73 orang
               peserta  Kursus  Pemikiran  Komputational  dan  Reka  Bentuk  Teknologi  Guru  Sekolah
               Rendah Tahun 2020  (Siri 2) dari  seluruh  Malaysia.  Kajian  ini  ditadbir melalui  kaedah
               kajian kuantitatif dan disokong  oleh dua soalan terbuka secara bertulis. Hasil analisis
               menunjukkan responden mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap pelaksanaan
               kursus (95.8%). Analisis kajian menunjukkan skor min keseluruhan ketiga-tiga dimensi
               kajian adalah tinggi iaitu mencapai nilai skor min 3.44. Melalui analisis ujian-t, hasil kajian
               menunjukkan  tidak  terdapat  perbezaan  tahap  kepuasan  terhadap  pelaksanaan
               m-pembelajaran dengan faktor jantina dan faktor lokasi dalam kalangan peserta kursus.
               Justeru, hasil dapatan menunjukkan tidak terdapat kekangan dalam kalangan peserta
               untuk melaksanakan m-pembelajaran melalui kursus dalam talian semasa PKP.

               Kata Kunci: m-pembelajaran, Perintah Kawal Pergerakan (PKP), Kursus dalam talian


                                                         Abstract

               The main aim of this study was to observe participant’s level of satisfaction towards m-
               learning in teaching and learning process during Movement Control Order (MCO). The
               respondents in this study were 73 participants from primary schools was enrolled in the
               Pemikiran Komputasional dan Reka Bentuk Teknologi Guru Sekolah Rendah Tahun 2020
               (Siri 2) course from whole country. The method of this study was survey research by using
               questionnaire  instrument  and  two  open-ended  questions  to  get  feedback  from
               respondents.  The  findings  of  this  study  indicated  the  respondents  had  a  high  level
               satisfaction (95.8%) towards m-learning. Data of analysis showed that mean score value
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119