Page 129 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 129

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 122




               Berdasarkan  Pasukan  Panel  Modul  Bimbingan  Instruksional  untuk  Pelaksanaan  PBD
               (Mei,  2019),  PI  merupakan  rakan  kongsi/rakan  pembelajaran  guru  untuk  membantu
               mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran ke arah keberhasilan murid. PI akan
               menjalankan aktiviti secara hands-on dengan guru-guru yang dibimbing di sekolah yang
               juga  dikenali  sebagai  Guru  dibimbing  (GD).    GD  dan  PI  bekerjasama  atas  prinsip
               partnership seperi yang disarankan oleh Knight (2018).  Knight menyarankan pendekatan
               perkongsian  ini  adalah  berlandaskan  kepada  lapan  elemen  yang  penting,  iaitu
               Kesaksamaan  (Equality),  Pilihan  (Choice),  Suara  (Voice),  Dialog,  Refleksi,  Praktikal
               (Praxis)  dan  Timbal  balik  (Reciprocity)  .    Kesaksamaan  merujuk  kepada  PI  dan  GD
               adalah rakan kongsi yang sama.  Pilihan merujuk kepada GD harus membuat pilihan
               mengenai apa dan bagaimana mereka belajar.  Suara merujuk kepada Pembelajaran
               profesional  perlu  memberi  peluang  dan  menghormati  suara  GD.    Pembelajaran
               profesional  antara  GD  dan  PI  harus  mengupayakan  dialog  autentik  (in  dialogue
               everybody wins).  Refleksi adalah sebahagian daripada pembelajaran profesional yang
               harus diamalkan.  Untuk elemen praktikal, GD harus menerapkan pembelajaran mereka
               dalam amalan kehidupan sebenar dan akhir sekali elemen Timbal balik merujuk kepada
               PI harus sedar bahawa seseorang pembimbing akan ‘menuai apa yang mereka semai’

               Keseluruhan  proses  Bimbingan  Instruksional  Berasaskan  Sekolah  yang  dipraktikkan
               adalah bertunjangkan kepada Kitaran Bimbingan Instruksional oleh Dr Jim Knight yang
               digelar sebagai The Impact Cycle.





















                                                Rajah 1: The Impact Cycle


                The Impact Cycle seperti di Rajah 1, merupakan satu kitaran Bimbingan Instruksional
               yang terdiri daripada 3 komponen, iaitu Komponen 1 (Identify/Kenal Pasti). Komponen 2
               (Learn/Belajar) dan Komponen 3 (Improve/Meningkatkan).  Untuk pelaksanaan ketiga-
               tiga komponen 1,2 dan 3, PI merupakan rakan kongsi/rakan pembelajaran guru dalam
               membantu mereka meningkatkan pengajaran dan pembelajaran supaya murid menjadi
               lebih  berjaya.    Untuk  melakukan  ini,  PI  akan  bekerjasama  dengan  GD  untuk
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134