Page 26 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 26
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 19
dalam PdPc sebagai satu keperluan. Akhirnya, hasil kajian menunjukkan bahawa
kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21 adalah tinggi.
Lei dan Meow (2019) telah menjalankan kajian untuk mengkaji hubungan antara
kepimpinan distributif terhadap komitmen guru untuk berubah dengan keadaan dalam
sekolah sebagai mediator. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif dengan
menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 357 orang guru-guru
sekolah menengah yang dipilih secara rawak daripada 20 buah sekolah di Daerah
Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Pendekatan Partial
Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dengan perisian Smart PLS
3.2.7 digunakan untuk penganalisaan data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
kepimpinan distributif mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen
guru untuk berubah secara langsung. Keadaan dalam sekolah mempunyai kesan
pengantaraan yang signifikan dalam hubungan antara kepimpinan distributif dan
komitmen guru untuk berubah. Dapatan kajian memberi implikasi terhadap pembuat
polisi dan pentadbiran sekolah bahawa kepimpinan distributif dan komitmen guru perlu
ditukar bersesuaian dengan PAK21.
Siti Suhaili (2019) telah menjalankan kajian mengenai kesediaan guru Bahasa
Inggeris sekolah rendah melaksanakan PAK21. Kajian bertujuan untuk mengenal pasti
tahap pengetahuan guru, kemahiran ICT guru, kesediaan infrastruktur asas dan
kesediaan guru dalam melaksanakan PAK21. Kajian telah menggunakan kaedah
tinjauan iaitu borang kaji selidik skala Likert secara atas talian yang melibatkan seramai
150 orang guru Bahasa Inggeris sekolah rendah. Dapatan kajian bagi ujian korelasi
Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara tahap kesediaan guru
melaksanakan PAK21 dengan tahap pengetahuan guru, kemahiran ICT guru dan
infrastruktur asas.
Jaggil Apak dan Muhamad Suhaimi (2018) telah menjalankan kajian untuk
mengenal pasti pengaruh kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21
dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Sabah. Kajian eksperimental ini
menggunakan kaedah tinjauan. Data dikumpul menggunakan satu set borang soal selidik
adaptasi yang ditadbir ke atas 439 orang guru. Analisis deskriptif menunjukkan kesediaan
guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 diamalkan pada tahap tinggi. Keputusan
ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan
guru dan pengurusan bilik darjah abad ke 21 berdasarkan pengalaman mengajar.
Sementara itu, analisis regresi berganda pula menunjukkan terdapat pengaruh yang
signifikan kesediaan guru terhadap pengurusan bilik darjah abad ke 21. Dapatan
menunjukkan sumbangan keseluruhan yang diramal oleh kesediaan guru terhadap
pengurusan bilik darjah abad ke 21 adalah sebanyak 27.8 peratus. Kajian ini

