Page 23 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 23

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 16




               and more likely to practice PAK21 skills during Practicum Phase II compared to when
               they were in Practicum Phase I.

               Keywords:  21st  Century  Learning,  Commitment,  Readiness,  Practices,  Student
                              Teachers, Practicum


               PENDAHULUAN

               Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan inisiatif Pembelajaran Abad
               ke 21 (PAK 21) secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan ke seluruh
               negara  mulai  tahun  2015.    Pelaksanaan  Pengajaran  dan  Pembelajaran  (PdP)  yang
               berdasarkan  Kurikulum  Standard  Sekolah  Rendah  (KSSR)  dan  Kurikulum  Standard
               Sekolah Menengah (KSSM) menjadi penanda aras keberkesanan PAK21 seperti yang
               dihasratkan oleh KPM. Pelajar guru yang merupakan bakal guru perlu bersedia menerima
               perubahan  dan  mengurus  perubahan  yang  bakal  diharungi  dalam  sistem  pendidikan
               dengan cekap. PdP akan menjadi lebih berkesan apabila memenuhi keperluan murid-
               murid yang diajar. Justeru, tranformasi pendidikan dari segi komitmen, kesediaan dan
               amalan PAK21 perlu sentiasa berkembang seiring mengikut perkembangan zaman atau
               menuju selangkah ke hadapan.

                       Menurut  Faridah  (2009),  PAK21  merupakan  satu  tranformasi  yang  dilakukan
               dalam  memperbaharui  taraf  pendidikan  yang  sedia  ada  supaya  sistem  pelaksanaan
               pembelajaran  PAK21  lebih  fleksibel,  kreatif,  mencabar,  dan  lebih  kompleks.  Bagi
               mencapai hasrat tersebut, pendidikan perlu bersifat dinamik, holistik, dan sentiasa segar
               serta  berubah  mengikut  keperluan  semasa  dan  persekitarannya.  Jika  pelajar  guru
               inginkan  pembaharuan  dalam  memberikan  sumbangan  dalam  PAK21,  mereka  perlu
               menghasilkan model baharu pengajaran untuk dipadankan dengan alat dan keupayaan
               murid  zaman  sekarang.  Di  samping  itu  mereka  perlu  memikirkan  kaedah  hubungan
               baharu antara pelajar guru dengan murid, proses perkembangan masa kini dan mengkaji
               persekitaran pendidikan formal. Faktor seperti komitmen, kesediaan dan amalan PAK21
               mampu mendorong pelajar guru untuk menguasai kemahiran PAK21 dengan lebih cepat
               serta  memberi  kesan  dalam  jangka  masa  yang  panjang.    Oleh  itu  keberhasilan
               pelaksanaan PAK21 merupakan satu yang semestinya diharapkan oleh negara dalam
               melahirkan masyarakat yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan mampu berdaya
               saing dengan negara maju.
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28