Page 24 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 24
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 17
PERNYATAAN MASALAH
Pada abad ke 21, negara menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat
daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem
ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan
negara lain. Ekonomi baharu ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.
Menurut Thomas Frieman (2017) dalam bukunya The World is Flat: A Brief History of the
Twenty-First Century, pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci
utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia pada abad ke 21 ini.
Sistem pendidikan negara sentiasa mengalami perubahan yang menuntut para
guru melakukan tranformasi dalam pendidikan. Warga sekolah khususnya guru
seharusnya mengikuti perkembangan kemajuan dalam pendidikan. Menurut Zamri,
Ruslin dan Mohamed Amin (2015), guru harus membina insan pelajar yang menguasai
kemahiran belajar, dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran
anak didik mereka sebaik mungkin. Guru seharusnya lebih peka terhadap perbezaan
yang wujud dalam diri pelajar-pelajarnya dari segi latar belakang sosial, tingkah laku, dan
aras kognitif.
Menurut Sparks (2012), guru yang prihatin terhadap kemajuan pendidikan
seharusnya meningkatkan profesionalisme diri. Meningkatkan profesionalisme guru
bererti suatu proses menambahbaik kemahiran dan kompetensi diri berdasarkan
perubahan persekitaran bagi menghasilkan produk berkualiti dalam pendidikan (Hassel,
2013). Menurut Cummins (2004) apa yang diperlukan oleh guru adalah bersifat peribadi
iaitu jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki mereka, perhubungan antara rakan
sejawat yang mesra dan kaedah pengajaran yang berkesan sehingga guru berupaya
make a difference.
Terdapat beberapa kajian yang lalu berhubung dengan pelaksanaan
pembelajaran PAK21. Maizura dan Nur Surayyah (2018) telah menjalankan kajian dari
sudut pandangan pelajar guru Pendidikan Moral terhadap cabaran pelaksanaan
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) abad ke 21 semasa menjalani praktikum di
sekolah. Objektif kajian adalah untuk mendalami pengalaman pelajar guru dalam
mempraktikkan PdPc PAK21 dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Seramai tiga
orang pelajar guru yang menjalani praktikum terlibat dalam kajian yang menggunakan
pendekatan kajian kes kualitatif dengan pemilihan sampel secara bertujuan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa subjek kajian menghadapi cabaran pelaksanaan seperti

