Page 29 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 29
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 22
I pada penghujung bulan Oktober 2018 dan Praktikum Fasa II pada penghujung bulan
Oktober 2019.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan
maklumat profil responden seperti jantina, fasa praktikum serta kumpulan akademik.
Bahagian B mengandungi item berkaitan dengan pengalaman responden menghadiri
kursus PAK21. Bahagian C mengandungi 2 sub bahagian iaitu Bahagian C1
mengandungi 7 item berkaitan dengan komitmen dalam pelaksanaan PAK21 serta
Bahagian C2 mengandungi 14 item berkaitan dengan kesediaan guru dalam
pelaksanaan PAK21. Bahagian C3 mengandungi 14 item berkaitan dengan amalan guru
dalam pelaksanaan PAK21. Skala pengukuran ini mengandungi item-item skala likert
berjulat 1 hingga 4 (1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Setuju dan 4=Sangat
Setuju). Instrumen yang digunakan diadaptasi daripada kajian PAK21 Institut Pendidikan
Guru Malaysia (IPGM).
Instrumen kajian dalam bentuk Google Forms telah diedarkan kepada responden
kajian selepas selesai Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II iaitu pada awal bulan
November 2018 dan November 2019. Responden diminta untuk menjawab item-item
dalam soal selidik dalam jangka masa yang telah ditetapkan bersama. Hasil kajian
dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 19.
Kesahan Alat Ukur
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen dalam kajian rintis ialah 0.976. Manakala
kebolehpercayaan untuk empat dimensi tersebut iaitu dimensi Sokongan Terhadap
Pelaksanaan PAK21 ialah 0.92, dimensi Prasarana Pelaksanaan PAK21 ialah 0.90,
dimensi Komitmen Terhadap Pelaksanaan PAK21 ialah 0.936 dan dimensi Kesediaan
Guru Dalam Pelaksanaan ialah PAK21 0.962.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumat Demografi
Kajian yang dijalankan melibatkan 104 orang pelajar guru PISMP Ambilan Jun 2016
semasa mereka menjalani Praktikum Fasa I dan 105 orang pelajar guru yang telah
menjalani Praktikum Fasa II di IPGKPP. Jumlah pelajar guru Ambilan Jun 2016 semasa
Praktikum Fasa I ialah seramai 107 orang dan jumlah pelajar semasa Praktikum Fasa II
ialah seramai 105 orang semasa Praktikum Fasa II. Terdapat 2 orang pelajar guru yang
telah menangguh program pada tahun 2019. Kadar respon Praktikum Fasa I ialah 97.2%
dan kadar respon Praktikum Fasa II ialah 100%.

