Page 27 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 27
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 20
menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam melaksanakan sesuatu program boleh
menyumbang kepada kejayaan program yang dilaksanakan.
Pembelajaran PAK21 dapat dicapai apabila sistem pendidikan menunjukkan
perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis dalam pendidikan negara.
Perkembangan dan kemajuan tersebut perlu dilihat dari segi kualiti, kuatiti, standard,
kecemerlangan, dan kredibiliti yang diakui dan diterima pada peringkat antarabangsa
atau dunia. Analisis Wenglinsky (2004) terhadap data skor pencapaian murid dalam
National Assessment of Educational Progress (NAEP) dan Trend in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) mendapati bahawa guru yang menggunakan
aktiviti KBAT dalam pengajaran membawa kepada pencapaian murid yang lebih besar
berbanding pendekatan pengajaran guru yang menekankan kemahiran asas sahaja.
Keperluan menyediakan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif akan
dapat menggalakkan pelajar guru mengamalkan pembelajaran PAK21, setiap sekolah
harus memiliki kemudahan perpustakaan, bilik-bilik khas, makmal komputer dan ruang
rehat. Menurut Noor Azlan dan Lim (2011), guru bimbingan juga perlu memberi
bimbingan kepada guru pelatih dari aspek pengetahuan dan amalan pedagogi yang
berkaitan dengan penglibatan praktikum. Bimbingan dari guru pembimbing juga sangat
bergantung kepada persekitaran sekolah yang kondusif serta atribut peribadi guru
pembimbing yang baik. Apabila pelajar guru berjaya melaksanakan tugasan yang
diberikan secara berterusan maka mereka juga akan bersifat optimis bagi mencapai
kejayaan dalam kerjaya mereka. Oleh itu, kajian yang dijalankan pengkaji adalah untuk
mengenal pasti pelaksanaan pembelajaran PAK21 pelajar guru semasa Praktikum Fasa
II. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji aspek komitmen, kesediaan dan amalan PAK21
pelajar guru semasa praktikum. Kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan tahap
komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa
1 dan Praktikum Fasa II.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah seperti berikut:
1. Meninjau pengalaman pelajar guru IPGKPP menghadiri kursus PAK21 sebelum
Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
2. Meninjau dan membandingkan komitmen responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
3. Meninjau dan membandingkan kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.
4. Meninjau dan membandingkan amalan responden dalam pelaksanaan PAK21
semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II.

