Page 25 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 25

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 18




               kaedah mengajar, dan sesi latihan amali sepanjang menggunakan PAK21 dalam PdPc
               Pendidikan Moral. Dapatan kajian tersebut dapat dijadikan sebagai penanda aras kepada
               usaha  membuka  peluang  kepada  pelajar  guru  mengalami  suasana  sebenar  semasa
               menjalani  praktikum  di  sekolah.    Usaha  penyediaan  pelajar  guru  yang  terlatih  dan
               berkualiti  perlu  diberi perhatian  yang  serius  bagi melahirkan  bakal guru  yang  berjaya
               dalam profesion keguruan.

                       Raja Abdullah dan Daud (2018) telah menjalankan kajian menilai amalan kendiri
               pelajar guru praktikum Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali
               Ismail (IPGKDRI) dalam mengaplikasikan konsep PAK21 dalam pengajaran di sekolah.
               Seramai  41  orang  pelajar  guru  berpengkhususan  Pengajian  Agama  Ambilan  Januari
               2013  telah  dipilih  sebagai  responden  kajian.  Reka  bentuk  kajian  adalah  pendekatan
               kuatitatif  yang  disokong  oleh  data  temu  bual  separa  berstruktur.    Analisis  deskriptif
               kekerapan,  peratusan,  min  dan  sisihan  piawai  digunakan  bagi  melaporkan  dapatan
               kajian.  Hasil  kajian  mendapati  bahawa  pengetahuan  dan  Konsep  4C  iaitu  (Kreativiti,
               Pemikiran Kritis, Kolaborasi dan Komunikasi) yang diaplikasikan oleh pelajar guru berada
               pada tahap tinggi. Dapatan temu bual menunjukkan bahawa pelajar guru berminat untuk
               melaksanakan PdPc Konsep 4C di sekolah dengan jelas melalui bimbingan secara teori
               dan praktik. Justeru, pelajar guru  perlu didedahkan dengan pelaksanaan PdPc PAK21
               khususnya yang menekankan tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar dapat
               meningkatkan komitmen, kesediaan dan amalan pembelajaran PAK21.

                       Helen  dan  Ahmad  Zohri  (2019)  telah  menjalankan  kajian  untuk  mengkaji
               sokongan,  prasarana,  komitmen  dan  kesediaan    responden  dalam  pelaksanaan
               pembelajaran menggunakan pedagogi abad ke 21 semasa praktikum Institut Pendidikan
               Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Kajian kuantitatif yang menggunakan instrumen
               borang  soal  selidik  ini  melibatkan  170  orang  responden  dari  IPGKPP.  Hasil  kajian
               menunjukkan  bahawa  terdapat  seramai  83  (41.2%)  orang  responden  tidak  pernah
               menghadiri kursus PAK21 dan seramai 23 (13.5%) orang responden tidak mempunyai
               pengetahuan  tentang  PAK21.  Hasil  kajian  menunjukkan  bahawa  pihak  sekolah  telah
               menyediakan  sokongan  terhadap  pelaksanaan  PAK21  seperti  sokongan  dalam
               melaksanakan program latihan PAK21, guru besar sekolah melaksanakan pencerapan
               PdPc serta memberi maklum balas tentang PdPc PAK21. Kajian   tersebut mendapati
               bahawa  min-min  yang  dicatat  oleh  lima  item  dalam  dimensi  prasarana  pelaksanaan
               PAK21 di peringkat sekolah adalah agak rendah. Daripada aspek komitmen responden
               terhadap  pelaksanaan  PAK21,  didapati  bahawa  responden  memiliki  komitmen  yang
               tinggi  dalam  pelaksanaan  PAK21.  Responden  didapati  memiliki  tanggungjawab  yang
               tinggi  serta  bersikap  positif  dalam  melaksanakan  PAK21.  Responden  juga  didapati
               sentiasa berusaha membudayakan PAK21 di sekolah, sentiasa gembira berkolaboratif
               bersama-sama rakan sekerja melaksanakan PdPc serta sentiasa mengamalkan PAK21
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30