Page 28 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 28

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 21




               PERSOALAN KAJIAN

               Persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah seperti berikut:
                   1.  Apakah  pengalaman  pelajar  guru  menghadiri  kursus  PAK21  sebelum  mereka
                       menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
                   2.  Apakah  komitmen  responden  dalam  pelaksanaan  PAK21  semasa  mereka
                       menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
                   3.  Apakah  kesediaan  responden  untuk  melaksanakan  PAK21  semasa  mereka
                       menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
                   4.  Apakah  amalan  responden  dalam  melaksanakan  PAK21  semasa  mereka
                       menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum Fasa II?
                   5.  Adakah  terdapat  korelasi  antara  komitmen  dan  amalan  responden  dalam
                       pelaksanaan PAK21 semasa pelajar guru menjalani Praktikum Fasa II?


               KEPENTINGAN KAJIAN

               Hasil  kajian  ini  diharapkan  dapat  memberikan  satu  gambaran  mengenai  komitmen,
               kesediaan  dan  amalan  PAK21  semasa  pelajar  guru  menjalani  praktikum.  Tahap
               komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 yang tinggi semasa PdP dalam kalangan guru
               adalah penting bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid sekolah di Malaysia.
               Kesemua  aspek  tersebut  merupakan  prasyarat  bagi  meningkatkan  mutu  pendidikan
               negara.  Justeru,  pelajar  guru  perlu  memantapkan  pengetahuan  dan  kefahaman
               pelaksanaan PAK21 semasa latihan mereka di Institut Pendidikan Guru (IPG) .

                       Dapatan  kajian  yang  diperolehi  daripada  kajian  ini  dapat  membantu  pihak
               pengurusan dan pentadbiran IPG untuk membuat perancangan dan tindakan sewajarnya
               dalam  meningkatkan  dan  memantapkan  penguasaan  PAK21  dalam  kalangan  pelajar
               guru kerana mereka merupakan bakal guru yang akan ditempatkan untuk mengajar di
               sekolah-sekolah  seluruh  Malaysia.  Dapatan  kajian  juga  boleh  menjadi  panduan  bagi
               mengenal  pasti  faktor  dalam  merangka  dan  mengendali  program  yang  boleh
               meningkatkan profesionalisme keguruan dalam pemahaman dan pengaplikasian PAK21.


               METODOLOGI KAJIAN

               Kajian  ini menggunakan  kaedah  kuantitatif  dengan  menggunakan  borang  soal  selidik
               dalam proses pengumpulan data. Instrumen kajian adalah merupakan borang soal selidik
               yang dibina berdasarkan elemen kemahiran PAK21. Sampel kajian ialah pelajar guru
               Ambilan Jun 2016 di IPGKPP.  Data dikutip selepas responden menjalani Praktikum Fasa
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33