Page 40 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 40

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 33




               akan dapat mempraktikkan  perkara-perkara terutamanya  PAK21  yang  telah  dipelajari
               semasa menjalani praktikum.

                       Dalam kajian ini, didapati bahawa responden memiliki komitmen yang tinggi dalam
               pelaksanaan PAK21.  Min-min yang dicatat oleh ke tujuh-tujuh item dalam dimensi ini
               adalah  adalah  tinggi  semasa  menjalani  Praktikum  Fasa  I  dan  Praktikum  Fasa  II.
               Responden  didapati  memiliki  tanggungjawab  yang  tinggi  serta  bersikap  positif  dalam
               melaksanakan  PAK21.  Responden  juga  didapati  sentiasa  berusaha  membudayakan
               PAK21  di  sekolah,  sentiasa  gembira  berkolaboratif  bersama-sama  rakan  sekerja
               melaksanakan  PdPc  serta  sentiasa  mengamalkan  PAK21  dalam  PdPc  sebagai  satu
               keperluan.  Responden  kajian  juga  didapati  berpuas  hati  dapat  melaksanakan  PdPc
               PAK21 di sekolah.  Komitmen yang tinggi oleh responden kajian adalah petanda baik
               dalam menjayakan PAK21 di sekolah. Namun, usaha berterusan harus diambil oleh pihak
               IPGKPP  untuk  meningkatkan  lagi  tahap  pengetahuan  PAK21  dan  komitmen  semua
               pelajar guru semasa pengajian mereka di kampus.  Bimbingan dan latihan berterusan
               harus diberi kepada pelajar guru agar dapat memantapkan lagi pengetahuan pelajar guru
               terhadap PAK21.

                       Hasil  kajian  menunjukkan  bahawa  kesediaan  dan  amalan  responden  dalam
               pelaksanaan PAK21 adalah tinggi semasa menjalani Praktikum Fasa I dan Praktikum
               Fasa II. Kesediaan dan amalan PAK21 adalah lebih tinggi semasa menjalani Praktikum
               Fasa II.  Hal ini adalah satu petanda baik.  Pelajar guru perlu melengkapkan diri dengan
               pengetahuan  dan  kemahiran  yang  diperlukan  untuk  menjadi  seorang  guru  yang
               profesional.  Semua  pelajar  guru  harus  dibekalkan  dengan  pengetahuan  PAK21  agar
               mereka dapat mengamalkannya dalam profesion keguruan. Adalah disyorkan agar para
               pensyarah di IPGKPP mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar
               dapat  mendedahkan  tatacara  pelaksanaan  PAK21  kepada  pelajar  guru.  Pendedahan
               secara  berterusan  ini  akan  memanfaatkan  pelajar  guru  kerana  mereka  dapat
               mengaplikasikan PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di IPG dalam
               kelas masing-masing semasa menjalani praktikum.


               KESIMPULAN

               Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap komitmen, kesediaan dan amalan responden
               dalam  pelaksanaan  PAK21  adalah  tinggi.  Hasil  kajian  menunjukkan  bahawa  tahap
               komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 pelajar guru semasa menjalani Praktikum Fasa
               II adalah lebih tinggi apabila dibandingkan dengan semasa menjalani Praktikum Fasa I.
               Justeru  kajian  ini  menunjukkan bahawa  latihan dan pengalaman dapat meningkatkan
               tahap komitmen, kesediaan dan amalan PAK21 dalam pelaksanaan proses PdP.  Pihak
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45