Page 37 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 37

J u r n a l   P e n y e l i d i k a n   I l m u   P e n d i d i k a n   I P G M   J i l i d   5 / 2 0 2 0  | 30




                 14.  Saya  kerap  mengemukakan  soalan  yang  3.35              0.59    3.49     .61
                      menggalakkan  murid  berfikir  dengan  lebih
                      kreatif


                       Dalam kajian ini, didapati bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa I
               kurang kerap bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh dalam
               PdPc (Min=3.21; SP=.63) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Keadaan ini telah
               berubah semasa menjalani Praktikum Fasa II di mana item ini mencatat min yang lebih
               tinggi iaitu (Min=3.50; SP=.57). Ini adalah satu petanda positif kerana responden lebih
               bersedia untuk menggunakan pengetahuan berhubung dengan PAK21 semasa proses
               PdP.

                       Hasil kajian menunjukkan bahawa responden semasa menjalani Praktikum Fasa
               I adalah kurang kerap mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (Praktikum Fasa I:
               Min=3.29; SP=.59).  Keadaan ini telah berubah semasa menjalani Praktikum Fasa II di
               mana min yang dicatat telah meningkat ke (Min=3.58; SP=.57). Peningkatan dalam min
               menandakan bahawa responden telah lebih bersedia dan mahir dalam aspek ini.  Walau
               demikian,  langkah-langkah  harus  diambil  oleh  guru  pembimbing  dan  pensyarah
               pembimbing  semasa  praktikum  untuk  memberi  bimbingan  cara-cara  mengemukakan
               soalan berbentuk kontekstual serta menggalakkan pelajar guru agar kerap mengamalkan
               PAK21 semasa mengajar. Bimbingan dan galakkan yang berterusan harus diberi oleh
               guru  pembimbing  dan  pensyarah  pembimbing  agar  pelajar  guru  membiasakan  diri
               dengan amalan tersebut.

                       Merujuk  Rajah  3,  min-min  yang  tinggi  yang  dicatat  untuk  item-item  dimensi  ini
               adalah agak tinggi. Hal ini menandakan bahawa responden kerap melaksanakan PAK21
               di sekolah semasa menjalani praktikum. Walaupun kesemua item dimensi ini mencapai
               min yang agak tinggi, langkah-langkah berterusan harus diambil oleh semua pihak bagi
               melengkapkan  pelajar  guru  dengan  kemahiran  PAK21  agar  mereka  adalah  bersedia
               untuk  mengamalkannya  dengan  berkesan  dalam  proses  PdP.    Pengetahuan  dan
               kemahiran PAK21 merupakan prasyarat untuk amalan dalam konteks bilik darjah.
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42