Page 56 - JURNAL PENYELIDIKAN AKADEMIK
P. 56
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 5 / 2 0 2 0 | 49
PERKHIDMATAN KAUNSELING ONLINE SEWAKTU PANDEMIK COVID19 DALAM
TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
1 Khoo Bee Lee, PhD (khoo_l@yahoo.com)
1 IPG Kampus Pulau Pinang
Abstrak
Seramai 42 orang kaunselor berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia di Zon Utara
Malaysia iaitu negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang telah melaksanakan program
bantuan kaunseling online COVID19 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dari 18 Mac sehingga 2 Mei 2020 bagi fasa pertama. Tiga sesi iaitu pagi, petang dan
malam dengan pengoperasian 24 jam setiap hari untuk membantu khasnya kaum wanita
yang memerlukan bantuan ketika trauma pandemik COVID19 termasuk aspek
kewangan, pekerjaan, isu keluarga, anak dan lain-lain. Dapatan kajian dan laporan
mendapati seramai 197 bilangan sesi kaunseling diterima dan kebanyakan panggilan
sesi kaunseling dijalankan pada waktu siang (171 kes) berbanding waktu malam (26 kes).
Panggilan (92%) adalah daripada kaum wanita dan antaranya Melayu (69%), India (22%)
dan Cina (9%). Kesimpulan, bantuan kaunseling online COVID19 memang diperlukan
untuk mengurangkan kecemasan, takut, risau, stres terhadap pandemik serta isu-isu
kewangan, pengangguran, masalah perbalahan keluarga dan anak.
Kata kunci: pandemik COVID19, kaunseling online, Lembaga Kaunselor Malaysia,
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Abstract
42 registered counselors with Lembaga Kaunselor Malaysia at northern zone Perlis,
Kedah and Penang has implemented online counseling service during Movement Control
Order (MCO) periods between 18 March until 9 May 2020.Three sections of counseling
time have been offered that is morning, afternoon and night. Report and data analysis
showed there are 197 cases have been received for finance counseling and family
counseling. Among them, majority called in during days time (171 cases) compare to night
(26 cases). Seeking for counseling helps majority from women (92%) and there are
Malays (69%), Indians (22%) and Chinese (9%). The findings show the needs for online
counseling service are great in numbers and may reduce clients anxiety, helpless feeling,
stress, financial problems, jobless, worried and family issues.
Keywords: pandemic COVID19, online counseling, Lembaga Kaunselor Malaysia,
Movement Control Order (MCO)

